• Dalam perlawanan Piala AFC antara pasukan Johor Darul Ta’zim menentang Tampines Rovers semalam, kelihatan super agent bola sepak, Jorge Mendes hadir bagi menyaksikan perlawanan tersebut. Kehadiran ejen kepada Cristiano Ronaldo dan David De Gea ini nyata menjadi perhatian peminat yang datang ke stadium. Kehadiran beliau juga menimbulkan tanda tanya. Adakah pembaziran yang akan dilakukan oleh JDT akan melibatkan pemain di bawah ejen terbaik di dunia bola sepak ketika ini ?

    Jika benar, di sini kami senaraikan 4 pemain yang berada di bawah naungan Jorge Mendes yang berkemungkinan menarik minat JDT bagi menandatangani mereka untuk memperkuatkan pasukan.

    1. Ezequiel Garay

    Sumber Gambar: La Vinotinto

    Pemain kebangsaan Argentina ini bermain untuk Valencia bagi musim 2017/2018. Garay pernah bermain bersama kelab gergasi dunia seperti Real Madrid dan Benfica. Jika JDT mahu menggantikan Marcos Antonio, Garay dilihat calon yang sesuai.

    2. Pizzi

    Sumber Gambar: SL Benfica

    Luis Miguel Afonso Fernandes atau yang lebih dikenali sebagai Pizzi ini bermain untuk pasukan Benfica musim ini. Pemain tengah berusia 28 tahun ini pernah bermain bersama Atletico Madrid dan berjaya membuat 9 penampilan bersama skuad kebangsaan Portugal. Pizzi dilihat pemain yang sesuai untuk menggantikan Harris Harun di bahagian tengah JDT.

    3. Carlos Vela

    Sumber Gambar: SB Nation

    Carlos Vela bermain untuk pasukan Los Angeles FC di saingan Major League Soccer. Beliau pernah bermain bersama Arsenal dan Real Sociedad sebelum menyertai Long Angeles. Vela dilihat sebagai pengganti yang sesuai jika JDT sudah tidak mahukan khidmat Luciano Figueroa.

    4. Nani

    Sumber Gambar: Cittaceleste

    Siapa yang tidak kenal dengan pemain yang satu ini. Beliau pernah bermain bersama-sama Cristiano Ronaldo di Sporting Lisbon dan Manchester United. Musim ini, beliau bermain bersama Lazio secara pinjaman daripada Valencia. Jika JDT sudah tidak mahukan khidmat Gonzalo Cabrera, Nani dilihat pemain berprofil tinggi yang sesuai untuk mengambil tempat Cabrera.

    Haa itulah dia senarai 4 pemain di bawah naungan Jorge Mendes yang boleh diberikan perhatian oleh JDT untuk dimasukkan dalam senarai pembaziran mereka. Keempat-empat pemain di atas mampu untuk membuatkan JDT menjadi pasukan yang digeruni di pentas bola sepak Asia.

    Baca Juga: 5 Pemain Yang Mungkin Terlibat Dengan Pembaziran

    Leave a comment

    Your email address will not be published.