• Ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe memberi kenyataan mengenai hilangnya 14 pemain Johor Darul Ta’zim daripada kem kebangsaan. Beliau menyatakan bahawa terdapat penggiliran pemain yang memberi peluang kepada pemain yang fresh untuk mewakili skuad kebangsaan. Tambah TCH, ini juga disebabkan desakan segelintir penyokong yang mahukan kita mencuba pemain lain untuk beraksi bersama skuad Harimau Malaya.

    Di sini kami mempunyai persoalan di minda kami berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan di atas. Adakah penggiliran pemain ini tak kena pada masanya ? Perlu kita ketahui bahawa kita akan menentang pasukan Lebanon, pasukan yang ranking dan juga gaya permainannya jauh lebih baik dari kita. Mengapa perlu melakukan penggiliran ini sekarang ?

    Jika kita berjaya mencipta kejutan dengan menewaskan Lebanon, maka ada peluang untuk ranking kita akan menaik. Jadi, alangkah baiknya jika TCH mengambil risiko ini dengan menurunkan barisan terkuat negara. Siapa tahu kita boleh mendapat keputusan yang positif.

    Bukannya kami mahu menidakkan kebolehan yang dimiliki oleh pemain gantian yang dipanggil. Tetapi, di sini kami melihat dengan adanya pemain seperti mana ketika kita menentang Mongolia, peluang untuk pasukan negara mendapat sesuatu adalah lebih besar dan juga lebih cerah.

    Jika benar Tan Cheng Hoe mahu melakukan penggiliran pemain, alangkah lebih baiknya beliau melakukan penggiliran ini ketika perlawanan persahabatan kelas “A” pada 1 April ini ketika Malaysia menentang Nepal. Dalam perlawanan ini, beliau boleh memberi peluang kepada beberapa muka baru yang belum pernah mewakili skuad kebangsaan.

    Tetapi, walau apapun, kami tetap menghormati segala keputusan yang dibuat oleh ketua jurulatih negara, Tan Cheng Hoe. Kami pasti beliau sudah mengerti tentang segala tindakan yang beliau ambil. Lagipun, beliau juga yang nantinya akan mengatur segala perancangan dan juga taktikal pasukan.

    Apa pendapat anda mengenai isu penggiliran pemain ini ? Adakah dengan kaedah ini, pasukan kebangsaan masih lagi mampu untuk memberi saingan kepada Lebanon dan juga Nepal ?

    Baca Juga: Pemain Johor Darul Ta’zim Meninggalkan Kem Kebangsaan ?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.