• Tamat sudah perjuangan dua pasukan daripada Liga Sosial iaitu Axis-O2 PJ FC dan Southern FC dalam saingan Shopee Piala FA edisi 2018. Axis-O2 tewas kepada Kuantan FA dengan keputusan 7-0 manakala Southern FC tewas kepada pasukan Liga Super, Melaka United dengan keputusan yang sama. Meskipun tewas dengan jaringan yang besar, tetapi pemain kedua-dua pasukan mendapat satu pengalaman yang sangat berharga apabila dapat bermain menentang pasukan yang bermain di Liga yang lebih tinggi dan maju daripada mereka. Kami berpendapat penglibatan pasukan Liga Sosial dalam saingan Piala FA harus diteruskan pada tahun mendatang.

    Jika kita melihat kepada kualiti dan juga gaya permainan yang dimiliki oleh kedua-dua pasukan Liga Sosial ini berbanding lawan mereka semalam, memang tak ubah seperti langit dan bumi perbezaannya. Axis dan Southern dilihat agak gugup dan juga tidak dapat menyaingi permainan Kuantan FA dan Melaka United. Akan tetapi, perkara ini boleh diperbaiki jika mereka diberi lebih banyak peluang untuk bermain di peringkat tertinggi. Persatuan Bola Seak Malaysia (FAM) dan FMLLP boleh menyediakan satu perancangan bagaimana untuk memberi lebih pendedahan kepada pasukan daripada Liga Sosial ini.

    Jika pasukan Liga Sosial ini diberi lebih banyak peluang untuk beraksi di peringkat yang lebih tinggi, tidak mustahil dalam masa 5 tahun daripada sekarang liga kita akan mempunyai lebih banyak divisyen seperti Liga utama di Eropah. Lebih banyak divisyen bermakna lebih banyak pasuan yang akan terlibat. Lebih banyak pasukan yang terlibat bermakna lebih ramai pemain yang akan digunakan. Jika kita mempunyai “pool” pemain yang banyak, kita akan mempunyai lebih banyak pilihan untuk pemain yang akan mewakili skuad kebangsaan. Sejak tiga tahun kebelakangan ini, wajah skuad kebangsaan kita selalu diwakili oleh pemain yang sama. Sudah tiba masanya skuad kebangsaan kita diwarnai oleh muka baru.

    Itulah pendapat kami mengenai penglibatan pasukan Liga Sosial dalam kancah Piala FA edisi kali ini. Mungkin mereka tewas kali ini, tetapi pasukan dari Liga Sosial yang lain harus mengambil contoh dan mula untuk mempunyai cita-cita untuk menjadi salah satu pasukan yang mewarnai perjalanan liga tertinggi bola sepak Malaysia.

    Leave a comment

    Your email address will not be published.