• Pasukan kebangsaan akan menentang Lebanon dalam perlawanan terakhir saingan kelayakkan Piala Asia 2019 pada esok. Perlawanan ini sudah diibaratkan sebagai perlawanan pelengkap kumpulan B kerana peluang Malaysia untuk layak ke kejohanan bola sepak terbesar di Asia itu sudahpun tertutup rapat. Namun, kami berpendapat masih ada lagi yang boleh diperjuangkan oleh pasukan kebangsaan pada perlawanan esok.

    Apa yang kami maksudkan dengan perjuangan di sini adalah pasukan negara harus bermain dengan baik bagi mempunyai peluang untuk mengutip keputusan positif pada perlawanan esok. Jika kita berjaya, maka ada peluang untuk kita memperbaiki kedudukan dalam ranking FIFA kerana Lebanon berada di ranking lebih baik dari kita.

    Selain memperbaiki ranking, perlawanan esok juga menjadi medan buat para pemain muda dan juga yang baru dipanggil untuk membuktikan kepada jurulatih negara, Tan Cheng Hoe bahawa mereka juga mampu untuk menggalas tugas di pentas yang lebih besar. Pada perlawanan esok, kita akan melihat skuad kebangsaan tanpa pemain tonggak seperti Safiq Rahim, Safawi Rasid dan Hazwan Bakri kerana Tan Cheng Hoe mahu menggilirkan pemain lain untuk beraksi bagi skuad kebangsaan.

    Bagi barisan pemain yang akan diturunkan pula, kami berpendapat akan ada campuran diantara pemain muda dan juga pemain senior. Pemain muda seperti Akhyar Rashid, Irfan Zakaria dan Matthew Davies akan digandingkan dengan Wan Zack Haikal, Mahali Jasuli dan juga Shahrel Fikri. Satu kombinasi yang menarik jika mereka diturunkan esok.

    Walau apapun, kami berharap barisan pemain akan berjuang habis-habisan bagi memastikan pasukan negara mengutip satu keputusan yang positif pada perlawanan esok. Lupakan segala isu yang melanda pasukan negara ketika ini. Berikan sepenuh perhatian anda dan jangan terlalu menghormati pasukan lawan.

    Apa pendapat anda mengenai peluang pasukan negara menentang Lebanon pada esok ? Adakah pasukan negara mampu untuk mengutip keputusan yang positif denan menggunakan pemain sedia ada dan juga waktu yang digunakan untuk menyediakan pasukan amat terhad ?

    Baca Juga: Shahrel Fikri atau Jafri Firdaus ?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.