• Pasukan PKNS FC berjaya mara ke peringkat suku akhir dengan menewaskan pasukan Kelantan dengan keputusan 4-1 semalam. Anak-anak buah Datuk K.Rajagopal nyata terlalu bagus buat pasukan bimbingan Yusri Che Lah. Watak utama dalam kemenangan PKNS semalam ? Siapa lagi kalau bukan man of the moment ketika ini iaitu Mahali Jasuli.

    Pemain yang sedang berada dalam top form ketika ini berjaya menjaringkan satu gol pada babak pertama. Persembahan Mahali semalam nyata membuatkan jentera serangan PKNS sangat efektif. Selain persembahan Mahali, kami juga tertarik dengan persembahan bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali yang juga berjaya menjaringkan satu gol pada separuh masa kedua. Sekembalinya Safee, kami berpendapat jentera serangan PKNS akan semakin berbahaya.

    Selain Mahali dan Safee yang berjaya menjaringkan gol, persembahan penyerang utama PKNS, Rafael Ramazotti juga semakin baik berbanding minggu lalu. Barisan pertahanan Kelantan dilihat sukar untuk merantai pergerakkan beliau.

    Bagi pasukan Kelantan pula, mereka dilihat tidak mampu untuk menyaingi permainan PKNS FC. Mereka dilihat buntu dan menghadapi tekanan sepanjang perlawanan. Barisan serangan sekali lagi dilihat tidak berfungsi. Hanya sedikit gerakan berbahaya di hadapan pintul gol PKNS. Hal ini sudah tentu merisaukan peminat pasukan.

    Ketua jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah dilihat masih lagi belum menemukan ramuan yang sesuai untuk membentuk pasukan Kelantan bermain sebagai satu unit yang kukuh. Beliau harus segera menemukan ramuan tersebut dan memastikan Kelantan kembali mengutip kemenangan apabila saingan Liga Super disambung minggu hadapan.

    Kelantan harus segera kembali ke jalan kemenangan bagi meringankan sedikit beban yang sedang dipikul oleh pasukan dan juga ketua jurulatih mereka. Jika mereka gagal berbuat demikian, tidak mustahil kita akan melihat perubahan berlaku sekali lagi dalam pasukan Kelantan.

    Bagi pasukan PKNS pula, jika mereka meneruskan momentum mereka ketika ini, tidak mustahil mereka boleh mara ke perlawanan akhir sekali lagi seperti yang berjaya dilakukan pada edisi 2016. Mereka antara pasukan yang tidak boleh diambil mudah cabarannya. Anda pandang rendah, maka padah menanti anda!

    Baca Juga: Terus Pecat, Jangan Rehatkan!

    Leave a comment

    Your email address will not be published.