• Pengarah Teknikal Johor Darul Ta’zim, Alistair Edward semalam telah mengeluarkan kenyataan bahawa JDT akan melakukan rombakan pemain pada jendela perpindahan kedua yang akan dibuka pada Jun nanti. Selain pertukaran pemain pada Jun, Edwards memberi bayangan pasukan JDT juga akan melakukan pertukaran pemain berskala bersar-besaran pada penghujung musim ini. Selain perihal pemain yang akan dirombak, beliau juga menyatakan bahawa pasukan sedang mengalami sedikit masalah dalaman. Anda boleh baca kenyataan Edwards di bawah.

    Kenyataan yang dikeluarkan oleh Alistair Edwards ini sedikit-sebanyak meninggalkan banyak persoalan di minda penyokong bola sepak Malaysia. Adakah permasalahan yang sedang dihadapi oleh pasukan ketika ini berpunca daripada pemain JDT ?

    Jika kita melihat kepada isu di mana Jorge Pereyra Diaz yang secara tiba-tiba meninggalkan JDT kerana dihasut oleh pakar kecergasan mereka iaitu Encik Fernando, adakah encik Fernando ini bukan saja berjaya menghasut Jorge Pereyra Diaz tetapi juga berjaya menghasut pemain lain ? Atau adakah barisan pemain baru yang dibawa masuk oleh Ulisses Morais pada awal musim ini tidak menepati jangkaan awal pasukan ? Pemain yang sedia ada tidak “ngam” dengan sistem yang diterapkan oleh Raul Longhi ? Bermacam-macam persoalan yang boleh diajukan oleh peminat. Akan tetapi, jika permasalahan ini tiada kaitan dengan pemain, manakan tidak mereka mahu merombak barisan pemain yang sedia ada sekarang ini ?

    Hanya pihak daripada Johor Darul Ta’zim saja yang boleh menjawab semua persoalan yang diajukan di atas. Jika tiada apa-apa kenyataan daripada pihak JDT dalam masa terdekat mengenai permasalahan yang sedang dihadapi ketika ini, maka perkara ini akan terus dipersoalkan oleh para peminat. Jika masalah ini gagal untuk diselesaikan, pasukan juga yang akan menjadi mangsa. Peminat sudah pasti tidak mahu datang ke stadium bagi menyokong pasukan.

    Apa pandangan anda mengenai barisan pemain yang bakal dirombak oleh JDT ini ? Adakah dengan rombakan pemain mampu untuk menyelesaikan permasalahan yang sedang dihadapi ketika ini ? Atau anda mempunyai cadangan lain ? Mari kongsikan dengan kami.

    Baca Juga: JDT Nyata Bergelut!

    (Visited 259 times, 1 visits today)

    Leave a comment

    Your email address will not be published.