• Terma ‘Volante’ digunakan sempena tribute kepada seorang pemain Argentina, Carlos Martin Volante yang pernah bermain untuk Torino, Rennes dan Flamengo di antara tahun 1928-1943. Menarik tentang Carlos Martin Volante, beliau hanya mempunyai 2 caps dengan Argentina dan pernah menjadi tukang urut untuk pasukan Brazil ketika World Cup 1938.

     

    Segundo Volante kerap terlibat dalam semua fasa permainan. Mereka mampu mematahkan serangan pihak lawan, membawa bola melalui kawasan tengah dan menyumbang dalam serangan. Mereka gemar menjadi link up antara pertahanan dan serangan, hampir sama seperti box-to-box Midfielder. Jika box-to-box lebih cepat untuk release bola dan bermain 1-2, seorang Segundo Volante lebih banyak menyimpan bola di kaki sambil membawa bola melalui midfield, kemudian akan membuat late run ke dalam kotak penalti seperti Frank Lampard.

     

    Seorang Segundo Volante perlu mempunyai attributes seperti seorang Box-to-Box Midfielder ketika menyerang, dan seorang Defensive Midfielder ketika bertahan. Mereka boleh dikelaskan sebagai pemain midfield yang lengkap kerana mereka mempunyai karekter seperti ini. Contoh pemain dengan baka Segundo Volante ini ialah Tiemoue Bakayoko dan Paulinho. Tidak hairan Barcelona sanggup mendapatkan Paulinho dengan harga 40 juta Euro dari Guangzhou Evergrande.

     

    Segundo Volante juga bukan Ball Winning Midfielder kerana mereka kerap berlari dengan bola. Ketika menyerang mereka akan melakukan late run ke dalam kawasan lawan sama seperti seorang Box-to-Box Midfielder. Segundo Volante paling sesuai dimainkan dalam sistem di mana pasukan kekurangan pemain tengah seperti deep 4-2-3-1.

     

    Kadangkala pemain seperti ini kelihatan seperti sangat reckless dari segi positioning di dalam padang apabila mereka dalam mode attacking. Dalam satu analisis yang dilakukan ke atas Bakayoko bersama Chelsea, penganalisis kerap mengkritik positioning beliau sehingga dikatakan menjadi punca kemorosotan prestasi Chelsea di awal musim. Ini adalah kerana beliau bermain dalam mode yang terlalu attacking, sementara Paulinho menjadi ahli pasukan yang penting di Barcelona.

     

    Kredit Gambar: The Guardian

    Leave a comment

    Your email address will not be published.