• Barisan pemain pasukan kebangsaan mengalami sedikit perubahan bagi menghadapi perlawanan menentang pasukan Lebanon dan juga Nepal. Perubahan ini terjadi kerana ketua jurulatih negara, Tan Cheng Hoe mahu melakukan penggiliran pemain. Di sini, antara bahagian yang menjadi tumpuan adalah bahagian serangan. Yang mana lebih sesuai ? Shahrel Fikri atau Jafri Firdaus ?

    Eki dan Jafri dipanggil bagi menggantikan penyerang utama, Hazwan Bakri yang digugurkan. Kami berpendapat Tan Cheng Hoe membuat pilihan yang tepat untuk memanggil kedua-dua pemain ini. Sebelum ini, Eki pernah dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan. Namun, kecederaan menghambat langkah beliau. Kini, Eki sudah bebas daripada kecederaan. Jadi, kami berpendapat beliau akan diturunkan dalam kesebelasan utama.

    Bagi Jafri pula, ini adalah kali pertama beliau beraksi bersama pasukan senior. Prestasi beliau bersama PKNS FC musim ini tidaklah seperti yang kita jangkakan. Mungkin Tan Cheng Hoe mahu memberi peluang kepada penyerang skuad bawah 23 tahun negara ini untuk menyinar bersama skuad senior. Kami menjangkakan Jafri akan dibawa masuk pada separuh masa kedua bagi menggantikan Shahrel Fikri.

    Dengan adanya dua penyerang ini, apa yang perlu dilakukan Tan Cheng Hoe ialah mencari formula untuk membentuk barisan serangan yang lebih berkesan bagi menghadapi Lebanon dan Nepal. Kita boleh lihat pada perlawanan menentang Mongolia, barisan serangan negara dilihat tumpul. Penyerang utama gagal untuk menghidu peluang yang ada sekaligus gagal untuk menjaringkan gol.

    Bagi membantu penyerang utama yang akan diturunkan nanti, Akhyar Rashid dan Mahali Jasuli dilihat calon yang sesuai untuk bermain di bahagian sayap. Kedua-duanya mempunyai gelecekan serta kawalan bola yang baik.

    Yang mana satu pilihan anda ? Shahrel Fikri ataupun Jafri Firdaus ? Sesiapan pun yang akan diturunkan dalam kesebelasan utama nanti diharapkan dapat bermain dengan baik sekaligus membantu pasukan negara untuk meraih keputusan positif dalam perlawanan menentang Lebaon dan juga Nepal. Lupakan segala masalah yang melanda dan berikan sepenuh perhatian kepada dua perlawanan ini.

    Baca Juga: Penggiliran Pemain Tak Kena Pada Masanya ?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.