• Tinggal dua hari lagi menjelang perlawanan persahabatan antarabangsa antara Malaysia menentang Mongolia di Stadium Nasional Bukit Jalil. Perlawanan ini akan menjadi perlawanan pertama skuad kebangsaan di stadium yang sudah dinaik taraf ini. Dalam penulisan kali ini, mari kita bincangkan tentang siapa yang patut menjaga gawang negara pada perlawanan khamis nanti.

    Tan Cheng Hoe memanggil 3 penjaga gol bagi menghadapi perlawanan menentang Mongolia. Beliau memanggil Khairul Fahmi Che Mat, yang mana penjaga gol paling berpengalaman, Haziq Nadzli, seorang penjaga gol muda dan Hafizul Hakim, penjaga gol yang berada dalam prestasi terbaik ketika ini. Tan Cheng Hoe jelas mempunyai pilihan untuk dibuat di sini.

    Jika beliau mahukan seseorang yang berpengalaman mengawal gawang negara, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek dilihat sebagai pilihan yang tepat. Akan tetapi, prestasi semasa Apek tidak berada dalam keadaan yang baik. Jadi, pemilihan Apek sebagai penjaga gol utama adalah satu perjudian.

    Seterusnya, jika Tan Cheng Hoe mahukan soerang penjaga gol muda untuk diturunkan dalam kesebelasan utama, maka Haziq Nadzli adalah pilihan yang sesuai. Prestasi Haziq ketika temasya Piala Asia B23 tempoh hari memang menakjubkan. Setakat ini, Haziq tampil dalam dua perlawanan Liga buat JDT. Kami berpendapat minit bermain yang kurang mungkin menjejaskan peluang Haziq untuk tampil dalam kesebelasan utama.

    Dan jika Tan Cheng Hoe mahukan penjaga gol yang berada dalam prestasi yang baik serta mempunyai minit bermain yang banyak, Hafizul Hakim adalah jawapannya. Setakat ini, beliau bermain dalam semua perlawanan pasukan Perak dan mempunyai dua cleen sheets dalam saingan Liga. Kami berpendapat Hafizul lebih sesuai diturunkan dalam kesebelasan utama.

    Haa itulah dia pilihan kami mengenai penjaga gol mana yang lebih sesuai untuk diturunkan dalam kesebelasan utama pada perlawanan khamis ini. Kami memilih Hafizul Hakim kerana beliau berada dalam prestasi terbaik ketika ini. Kami berpendapat perlawanan ini terlalu penting untuk Tan Cheng Hoe membuat perjudian kerana kita sangat perlukan kemenangan.

    Baca Juga: Barisan Tengah Yang Berbeza Berbanding Sebelumnya!

    Leave a comment

    Your email address will not be published.