• Gundah-gulana perasaan peminat pasukan Kedah kebelakangan ini. Mana tidaknya, sudahlah penyerang import pasukan, Pablo Pallares yang tidak menunjukkan prestasi terbaik, kini jurulatih kesayangan mereka, Ramon Marcote disingkiran daripada jawatan ketua jurulatih dan diberi jawatan baru. Pengurusan pasukan Kedah memaklumkan bahawa mereka terpaksa mengambil kira pandangan semua. Menurut penulis, susah nak maju bila macam ni.

    Memang tidak dinafikan suara penyokong amat penting untuk kita dengar jika sesebuah pasukan tersebut sedang dilanda masalah. Akan tetapi, dalam kes pasukan Kedah, mereka sebenarnya mempunyai masalah dengan pemain import, bukannya dengan Ramon Marcote. Peminat Kedah juga mahukan Pablo Pallares yang digugurkan, bukannya si Marcote. Terbalik dah ni.

    Tindakan sesetengah kelab penyokong yang mengeruhkan keadaan juga tidak membantu. Anda sebagai kelab penyokong haruslah memberi sokongn tak kira keadaan semasa pasukan. Bukannya sibuk nak beri cadangan siapa yang nak digugurkan. Harus diingat, anda hanya mewakili suara minoriti peminat, bukannya majoriti. Jadi jangan nak pandai-pandai nak mengatur hala tuju pasukan.

    Individu yang membawa Ramon Marcote pada awal musim, Puan Sri Datin Ginney Chew juga berasa kecewa dengan tindakan yang diambil oleh KFA ini. Beliau juga menyatakan rasa bersalah kepada Marcote.

    Apa yang pasti,anda sebagai persatuan yang menguruskan pasukan bola sepak harus mempunyai “standard” anda sendiri. Anda harus tegas dalam mengambil sesuatu keputusan agar ianya tidak menjejaskan pasukan.

    Anda juga jangan terlalu mendengar pandangan daripada pihak luar yang cuba untuk mengatur hala tuju pasukan. Jika mereka memberikan cadangan dan juga pendapat yang bernas, bolehlah ikut. Tapi jika mereka memberikan satu cadangan yang menurut anda memudaratkan pasukan, buat tak tau saja. Abaikan mereka.

    Susah nak maju jika perkara seperti ini berlaku saban musim. Sudah tiba masanya semua persatuan bola sepak menuju ke arah yang lebih baik dan profesional. Mereka harus berjalan seiring dengan suasana bola sepak moden. Kalau bukan sekarang, bila lagi.

    Baca Juga: Solusi Kemelut Yang Melanda Kedah FA

    Leave a comment

    Your email address will not be published.