• Ketika pasukan kebangsaan menamatkan kempen kelayakkan Piala Asia 2019 dengan kekalahan di tangan Lebanon, rata-rata peminat bola sepak negara memuji persembahan anak-anak buah Tan Cheng Hoe. Rata-rata pemain yang diturunkan beraksi dengan baik. Dalam perlawanan tersebut, kami tertarik dengan persembahan Syafiq Ahmad.

    Syafiq antara dua pemain Johor Darul Ta’zim yang dipanggil semula oleh Tan Cheng Hoe untuk menghadapi Lebanon. Menjelang perlawanan menentang Lebanon, Tan Cheng Hoe telah mengambil keputusan untuk mengugurkan 14 pemain JDT, Syafiq salah satu daripadanya. Setelah pelbagai kontroversi dan juga kritikan, Tan Cheng Hoe akhirnya memanggil semula Syafiq dan Nazmi Faiz.

    Kami berpendapat tindakan Tan Cheng Hoe yang memanggil kembali Syafiq Ahmad adalah satu keputusan yang tepat. Kehadiran Syafiq ketika itu memberikan pilihan yang lebih luas buat Tan Cheng Hoe. Apabila diturunkan dalam separuh masa kedua, pada mulanya kami berasa sedikit skeptikal kerana beliau sebelum ini tidak mempunyai minit bermain yang banyak bersama JDT II.

    Namun, perasaan skeptikal kami nyata salah apabila Syafiq berjaya menjaringkan gol penyamaan skuad negara menerusi satu tandukan daripada sepakan penjuru pada separuh masa kedua. Permainan Syafiq di bahagian serangan juga boleh dikatakan baik. Hanya saja nasib tidak menyebelahi beliau.

    Pada perlawanan menentang Bhutan ahad ini, kami berpendapat Tan Cheng Hoe boleh menurunkan Syafiq dalam kesebelasan utama. Amat penting untuk Tan Cheng Hoe memberi peluang kepada barisan pemain yang lain untuk diturunkan dalam kesebelasan utama bagi menilai sejauh mana kemampuan mereka beraksi di pentas antarabangsa. Menarik untuk kita saksikan bagaimana bahagian serangan negara akan beraksi dengan Syafiq Ahmad sebagai penyerang utama negara.

    Apa pendapat anda mengenai prestasi Syafiq Ahmad ketika menentang Lebanon ? Berdasarkan prestasi beliau pada perlawanan lalu, adakah Syafiq wajar diberi peluang untuk tampil dalam kesebelasan utama bagi perlawanan Malaysia menentang Bhutan pada ahad ini ? ari kongsikan pendapat anda bersama kami.

    Baca Juga: Pemilihan Zaquan Adha Satu Tindakan Yang Tepat Yang Diabil Oleh Tan Cheng Hoe ?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.