• Nasib Ramon Marcote akhirnya terjawab apabila beliau tidak lagi menjadi jurulatih pasukan Kedah. Beliau kini berperanan sebagai Ketua Jurulatih Pembangunan Bolasepak KFA. Tugas Ramon adalah untuk memantau projek pembangunan sedia ada dan merancang persediaan pasukan Kedah bagi jangka masa panjang. Adakah tindakan yang disifatkan cliche ini hanya mahu menjaga hati penyokong ?

    Majoriti peminat Kedah mahukan pengurusan menggugurkan penyerang import, Pablo Pallares dan mengekalkan Ramon Marcote sebagai ketua jurulatih. Akan tetapi, perkara yang sebaliknya berlaku. Tindakan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) ini dianggap mengecewakan dan tidak masuk akal oleh majoriti peminat Kedah.

    Di sini, kami berpendapat tindakan yang KFA ambil ini hanyalah bertujuan menjaga hati penyokong. Mereka sedar bahawa penyokong yang mahukan Ramon Marcote untuk dibawa masuk bagi menjadi ketua jurulatih pada awal musim ini. Jika KFA merehatkan atau memecat Marcote, berkemungkinan besar para penyokong akan hilang kepercayaan kepada pengurusan pasukan. Hal ini sekaligus membuatkan mereka enggan untuk hadir ke stadium.

    Kami juga merasakan tindakan yang diambil oleh KFA ini sangat terburu-buru. KFA boleh saja memberikan tempoh masa sehingga pertengahan musim bagi Marcote merangka pelan untuk mengembalikan prestasi pasukan Kedah. Mereka sepatutnya tidak mendengar desakan “kumpulan penyokong” yang mahu Ramon Marcote digugurkan.

    Posisi yang ditinggalkan oleh Marcote kini diambil alih oleh pembantu beliau, Nidzam Adha Yusof. Prestasi Nidzam bersama pasukan Kedah cukup baik pada musim lalu. Di bawah bimbingan Nidzam, Kedah berjaya memenangi dua piala iaitu Piala Sumbangsih dan Piala FA. Nidzam juga berjaya membimbing Kedah mara ke dua perlawanan akhir. Pemilihan Nidzam sebagai pengganti Ramon Marcote dilihat satu langkah yang tepat.

    Apa pendapat anda mengenai pengguguran Ramon Marcote sebagai jurulatih Kedah ? Adakah Nidzam Adha individu yang tepat bagi menggantikan Marcote sekaligus memperbaiki prestasi pasukan Kedah ketika ini ? Atau ada jurulatih lain yang lebih sesuai bagi mengembalikan semula kegemilangan pasukan Kedah ?

    Baca Juga: Ketenangan Dan Sokongan, Itu Yang Ramon Marcote Perlukan

    Leave a comment

    Your email address will not be published.