• Tindakan pindaan jadual minggu perlawanan ke-6 dan ke-7 yang dibuat oleh Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) nyata mengundang pelbagai kritikan dan juga persoalan daripada peminat bola sepak Malaysia. Pindaan jadual kali ini disifatkan mengarut dan berat sebelah kepada pasukan tertentu.

    Pemindaan kepada tarikh baru iaitu pada 5 dan 6 Jun bagi minggu perlawanan ke-6 serta 10 dan 11 Jun bagi minggu perlawanan ke-7 bagi saingan Liga Super 2018 antara yang mendapat kritikan daripada peminat. Pertanyaan yang diajukan oleh mereka adalah, adakah pertukaran tarikh ini dilakukan dengan sengaja bagi memberi peluang kepada pasukan-pasukan tertentu untuk melakukan penggantian pemain import pada jendela perpindahan kedua ?

    Secara kebetulan, tarikh pindaan yang dipilih oleh FMLLP adalah sejurus selepas jendela perpindahan kedua Liga Malaysia dibuka. Ini menguatkan sangkaan peminat bahawa FMLLP mahu memberikan kelebihan kepada pasukan tertentu. Mana-mana pasukan yang melakukan pertukaran pemain import boleh menggunakan pemain import baru apabila perlawanan yang ditangguhkan itu diadakan. Kredibiliti pengelola liga itu juga dipersoalkan berkenaan perkara ini.

    Naib Presiden FAM, Datuk Sri Wira Mohd Yusoff Mahadi tampil membidas sesetengah peminat yang mengkritik pemindaan jadual kali ini. Beliau mempersoalkan apa yang sebenarnya peminat bola sepak negara mahukan ? Jika tiada perlawanan antarabangsa, bising. Jika ada perlawanan, complain.

    Walau apapun, antara yang terkesan berkenaan pindaan jadual ini adalah peminat. Ada sesetengah peminat yang telah melakukan perancangan seperti menempah hotel dan juga tiket pengangkutan bagi menyaksikan perlawanan Liga Super. Namun, mereka terpaksa melupakan hasrat tersebut kerana perubahan telah dilakukan. Dah rugi wang dan juga masa.

    Apa yang pasti, pemindaan jadual ini nyata tidak meguntungkan malah merugikan para peminat dan juga pasukan. Jadual yang ditukar atau dipinda boleh merencatkan perancangan pasukan dan juga rentak pasukan yang sedang berada dalam prestasi terbaik ketika ini. Diharapkan FMLLP dapat bertindak dengan lebih efektif dan tiada lagi pindaan jadual pada masa akan datang.

    Baca Juga: FMLLP Mengumumkan Pemindaan Jadual Liga Malaysia 2018

    Leave a comment

    Your email address will not be published.