• Setiap kali pasukan kebangsaan akan menjalani perlawanan antarabangsa, pemain tidak mendapat pelepasan selalu menjadi isu utama. Pihak kelab enggan melepaskan pemain mereka dengan menggunakan pelbagai alasan seperti kecederaan dan juga tidak cukup pemain. Di sini, tindakan PSSI yang mengenekan hukuman kepada pasukan yang enggan melepaskan pemain mereka untuk pasukan kebangsaan boleh menjadi contoh.

    Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) memang mengukuhkan pelbagai undang-undang semenjak mereka digantung selama dua tahun oleh FIFA pada 2014. Baru-baru ini, mereka akan mengenekan hukuman ke atas dua kelab Liga 1 Indonesia iaitu PSM Makassar dan Bhayangkara FC yang enggan melepaskan pemain mereka untuk pasukan kebangsaan.

    Kedua-dua pasukan di atas tidak melepaskan pemain mereka iaitu Asnawi Mangkualam dan Nurhidayat bagi menyertai kem latihan skuad bawah 19 tahun Indonesia yang akan menghadapi skuad bawah 19 tahun Jepun nanti. Hal ini juga disahkan oleh Setiausaha Agung PSSI iaitu Ratu Tisha. Kami berpendapat tindakan mereka amatlah tepat dan juga wajar untuk dijadikan contoh.

    Isu pelepasan pemain ini juga berlaku di Liga Malaysia. Kita sudah sering melihat ada beberapa kelab dan juga pasukan negeri enggan melepaskan pemain mereka bagi menyertai kem kebangsaan. Alasan yang digunakan ialah pemain mengalami kecederaan dan juga pihak kelab risau kerana pasukan tidak cukup pemain. Walaupun kelab itu dilihat mempunyai squad depth yang besar.

    Kami berpendapat, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) boleh mengambil contoh tindakan PSSI ini. Tindakan ini bertujuan untuk mengingatkan semua pihak bahawa mereka wajib untuk melepaskan pemain untuk menyertai kem kebangsaan, kecuali ada perkara serius berlaku seperti kecederaan ataupun hal peribadi yang tak dapat dielakkan.

    Ini juga memberi amaran kepada semua pihak bahawa tiada kelab mahupun individu yang lebih besar daripada pasukan kebangsaan. Pasukan kebangsaan sepatutnya diberi keutamaan dan juga semua pihak harus memberi kerjasama dalam membantu pasukan negara. Tak kiralah dari segi apa pun. Anda wajib menyumbang untuk kemajuan pasukan negara.

    Baca Juga: Ada Benarnya Kata-Kata Roberto Carlos

    Leave a comment

    Your email address will not be published.