• Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan bahawa beliau telah meletak jawatan sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Keputusan ini dibuat dalam Kongres FMLLP yang diadakan sebentar tadi. TMJ juga mengumumkan bahawa nama pengelola Liga Malaysia, kini telah ditukar dan lebih dikenali sebagai Malaysia Football League (MFKL).

    Namun, TMJ menjelaskan baginda hanya meletak jawatan sebagai presiden FAM sahaja. Beliau masih kekal sebagai pengerusi Malaysia Fottball League. Kami berpendapat, dengan peletakkan jawatan TMJ sebagai presiden adalah satu kehilangan besar buat bola sepak Malaysia. Sukar untuk mencari calon untuk menggantikan beliau sebagai presiden.

    Kami melihat baginda kecewa kerana sering dijadikan sasaran apabila prestasi pasukan kebangsaan tidak berada dalam prestasi yang baik. Para peminat juga mensasarkan TMJ di atas jatuhnya ranking Malaysia dalam kedudukan FIFA. Hal ini sedikit sebanyak menjadi sebab utama mengapa baginda mengundurkan diri daripada kerusi presiden.

    Saat ini, kami melihat TMJ mahu menaikkan status dan juga mutu Liga Malaysia dengan meneruskan tugas beliau sebagai pengerusi Malaysia Football League. Baginda mahu meneruskan usaha dan juga perancangan yang sudah dirangka sebelum ini bagi memastikan Liga Malaysia menjadi Liga terkemuka di Asia.

    Apa yang menjadi persoalan di kalangan peminat ketika ini, siapa yang akan menggantikan TMJ sebagai presiden FAM yang baru. Adakah jawatan presiden akan diambil alih oleh timbalan baginda iaitu Datuk Seri Subahan Kamal atau Datuk Seri Wira Mohd Yusoff Mahadi ? Teka-teki ini masih lagi menjadi perbincangan di kalangan peminat bola sepak negara.

    Walau apapun, kancah bola sepak Malaysia akan mengalami perubahan sekali lagi. Satu perubahan yang dijangka bakal memberi sedikit kelainan kepada wajah bola sepak negara.

    Apa pendapat anda mengenai keputusan TMJ yang meletak jawatan sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia ? Adakah tindakan beliau bakal memberi impak yang besar terhadap persekitaran Liga Malaysia ? Dan individu mana yang menurut anda layak untuk mengambil tempat TMJ sebagai presiden FAM ?

    Baca Juga: Menentang Bhutan Sepatutnya Tiada Masalah

    Leave a comment

    Your email address will not be published.