• Sebentar tadi pengelola Liga Malaysia, Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) telah mengeluarkan satu video dimana Ketua Pegawai Eksekutif mereka, Kevin Ramalinggam telah menerangkan tentang konsep “feeder team” dalam Liga Malaysia. Tetapi, di sini kami sedikit keliru dengan undang-undang yang dimaksudkan oleh Kevin Ramalinggam. Anda boleh saksikan video tersebut di bawah.

    Perkara pertama yang kami mahu kupas adalah, dalam video di atas Kevin Ramalinggam ada menjelaskan bahawa had umur untuk pemain tempatan menukar pasukan daripada pasukan “sokongan” kepada pasukan utama adalah di bawah umur 27 tahun. Di sini kami berpendapat had umur 27 tahun adalah satu had umur yang sudah lewat jika kita mahu mengasah gaya permainan dan juga teknik seorang pemain tersebut. Alangkah baiknya jika had umur tersebut ditukar kepada bawah 23 tahun. Umur 23 tahun ke bawah adalah satu had umur yang ideal bagi meningkatkan mutu permainan seseorang pemain. Satu lagi perkara yang menarik perhatian kami adalah ketika perlawanan antara JDT II menentang UiTM FC dalam saingan Liga Perdana, JDT II menurunkan Aidil Zafuan yang sudah berusia 30 tahun pada perlawanan tersebut. Jadi, tindakan itu telah melanggar undang-undang tentang perpindahan pemain yang telah ditetapkan iaitu di pemain yang ditukar haruslah dibawah had umur 27 tahun. Kami berharap FMLLP akan memberi perhatian sepenuhnya mengenai perkara ini bagi mengelakkan peminat daripada mempersoalkan kredibiliti mereka.

    Selain perihal had umur ini, kami berpendapat perubahan undang-undang mengenai “feeder team” ini adalah terlalu terburu-buru. Kami berpendapat FMLLP boleh menggunakan undang-undang yang diguna pakai pada 2017 untuk saingan Liga Malaysia tahun ini. Undang-undang baru boleh diguna pakai pada tahun hadapan. Ini akan memberikan ruang dan juga masa kepada FMLLP untuk mengkaji undang-undang baru yang akan diguna pakai dalam saingan Liga Malaysia. Ini bagi mengelakkan peminat bola sepak Malaysia daripada terus mempersoalkan perkara mengenai “feeder club” ini di masa hadapan.

    Apa pendapat anda mengenai perkara ini ? Adakah penjelasan Kevin Ramalinggam mengenai “feeder club” sudah cukup untuk membuat anda faham tentang peraturan ini ? Mari kongsikan perkara ini bersama kami.

    Baca Juga: Kita Harus Lebih Terbuka Dan Matang

    Leave a comment

    Your email address will not be published.