• Johor Darul Ta’zim berjaya membuktikan bahawa mereka masih lagi juara yang belum hilang sengatnya apabila berjaya menewaskan Terengganu FC dengan keputusan 1-0 semalam. Jaringan tunggal Marcos Antonio pada separuh masa pertama sudah cukup untuk memberi JDT 3 mata penuh sekaligus merampas kembali takhta Liga daripada PKNS FC. Manakala bagi pasukan Terengganu FC, kekalahan ini melebur rekod tanpa kalah mereka dalam saingan Liga Super 2018.

    Pasukan Terengganu FC mempunyai peluang untuk menewaskan JDT pada perlawanan semalam jika ketua pasukan mereka, Kipre Tchetche berjaya menyempurnakan dua peluang keemasa pada separuh masa pertama dan kedua. Yang paling menjadi sorotan adalah apabila Kipre hanya perlu menewaskan Farizal Marlias dalam situasi satu lawan satu pada separuh masa pertama. Dan beliau gagal untuk berbuat demikian. Kami berpendapat pemain Terengganu bermain dengan baik keseluruhannya. Hanya saja mereka gagal untuk menyudahkan peluang di hadapan gol. Bagi kami, pemain terbaik bagi Terengganu pada perlawanan semalam ialah pemain import mereka iaitu Lee Tuck. Tenaga beliau di bahagian tengah nyata memainkan peranan yang besar.

    Bagi Johor Darul Ta’zim pula, walaupun tidak menurunkan Safiq Rahim dan Luciano Figueroa dalam kesebelasan utama, mereka masih lagi mampu untuk bermain dengan baik. Dalam perlawanan semalam, kita juga melihat kelibat pemain Johor Darul Ta’zim II, Nicolas Fernandez yang diturunkan dalam kesebelasan utama. Beliau bermain dengan baik di samping Harris Harun dan juga Natxo Insa. Barisan JDT juga tampak lebih kemas dan juga agresif dengan keberadaan Marcos Antonio dalam kesebelasan utama. Kita juga dapat melihat taktikal yang bakal digunakan oleh Raul Longhi pada perlawanan akan datang.

    Nasib nyata tidak menyebelahi Terengganu dalam perlawanan semalam. Mereka telah menunjukkan gaya permainan yang baik serta mampu untuk memberi cabaran kepada juara bertahan Liga Super. Agak malang untuk mereka apabila harus kehilangan rekod tanpa kalah di halaman sendiri Bagi JDT pula, mereka sudah pasti tidak mahu menoleh ke belakang dan mahu meneruskan rentak cemerlang ini pada perlawanan Liga yang seterusnya. Kami berharap mereka terus memberi peluang kepada penyerang tempatan kita, Hazwan Bakri untuk terus tampil dalam kesebelasan utama.

    Baca Juga: Pentas Terbaik Untuk Melaungkan Amaran!

    Leave a comment

    Your email address will not be published.