Sumber Gambar: FAM

Persembahan ketua pasukan skuad kebangsaan yang baru, Zaquan Adha menuai pujian peminat bola sepak negara pada perlawanan menentang Bhutan semalam. Empat go yang berjaya dijaringkan oleh Zaquan berjaya membantu Malaysia mengutip kemenangan pertama dalam tempoh lebih setahun. Kami merasakan Zaquan layak diberikan gelaran Captain Marvel yang baru buat skuad kebangsaan.

Sudah lama kita tidak menyaksikan penyerang negara berjaya menjaringkan 4 gol dalam satu perlawanan antarabangsa. Kejayaan Zaquan semalam juga memberi sinar baru kepada peminat bahawa masih ada penyerang yang mampu untuk menjalankan tuugas dengan baik. Kami berpendapat ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe boleh mengekalkan Zaquan dalam kesebelasan utama pada perlawanan yang akan datang.

Selain mempamerkan persembahan yang cemerlang, Zaquan juga berjaya menjalankan tugas sebagai ketua pasukan dengan baik. Sebelum dikeluarkan pada separuh masa kedua, barisan serangan negara lebih kemas dan juga berbahaya dari segala sudut.

Nor Farhan

Selepas beliau dikeluarkan, kita nampak barisan negara sedikit goyah dengan banyak peluang yang disia-siakan. Barisan pemain muda yang diturunkan di bahagian serangan dilihat agak gugup serta lambat menyesuaikan diri dengan perlawanan.

Ini jelas menunjukkan bahawa pengalaman yang dimiliki oleh Zaquan amat diperlukan bagi membimbing serta motivasi kepada pemain muda ini yang rata-rata bermain untuk pertama kali untuk pasukan kebangsaan.

Apa yang pasti, peminat bola sepak negara pastinya mahukan Zaquan untuk terus mengekalkan prestasi cemerlang beliau bagi membantu skuad kebangsaan pada perlawanan yang akan datang, terutamanya kejohanan Piala AFF Suzuki pada hujung tahun ini.

Jika kita melihat kepada keadaan semasa, hanya beliau saja yang dilihat mampu untuk beraksi dengan baik sebagai penyerang utama pasukan kebangsaan. Penyerang yang lain seperti Hazwan Bakri harus mula bermain dengan baik jika tidak mahu kehilangan tempat kepada Zaquan.

Apa pendapat anda mengenai persembahan cemerlang Zaquan Adha pada perlawanan semalam ? Berdasarkan persembahan beliau, wajarkah kita menggelar Zaquan sebagai Captain Marvel baru bagi pasukan kebangsaan ?

Baca Juga: Kemarau Kemenangan Skuad Kebangsaan Berakhir!

Leave a Reply