Sumber Gambar: Perak TBG

Pemain ini mendapat perhatian peminat bola sepak negara kerana tingkah laku beliau di luar padang. Bermacam-macam masalah disiplin yang kita dengar tentang pemain yang satu ini. Akan tetapi, sekarang beliau nampaknya sudah move on daripada kisah lama dan mula bermain bola sepak dengan baik. Siapakah pemain ini ? Beliau adalah Nor Hakim Hassan.

Bekas pemain PKNS FC dan Terengganu ini menjadi sorotan peminat bola sepak Malaysia apabila beliau menghilangkan diri daripada sesi latihan bersama pasukan lama beliau iaitu T-Team musim lalu. Setelah sebulan menghilangkan diri, Nor Hakim akhirnya kembali menyertai pasukan dan meminta maaf di atas tindakan beliau.

Pada awal musim ini, Nor Hakim dikhabarkan telah menandatangani kontrak bersama pasukan baru Liga Super 2018 Negeri Sembilan. Namun, secara tiba-tiba beliau diumumkan sebagai pemain pasukan Perak. Para peminat jelas keliru dengan situasi ini.

Namun, itu semua cerita lalu yang tak patut dikenang. Kini Nor Hakim Hassan berjaya tampil cemerlang dengan pasukan Perak dalam saingan Liga Malaysia. Nor Hakim berjaya menjaringkan satu gol setakat ini dalam saingan Liga. Beliau juga diberi kepercayaan oleh Mehmet Durakovic untuk tampil dalam kesebelasan utama dalam kesemua perlawanan Liga setakat ini.

Berkat perembahan cemerlang Nor Hakim setakat ini, beliau dipanggil oleh Tan Cheng Hoe bagi menghadapi dua perlawanan antarabangsa iaitu ketika Malaysia menentang Lebanon dan Bhutan. Beliau juga mendapat peluang untuk tampil buat pertama kali apabila Tan Cheng Hoe pada separuh masa kedua bagi menggantikan Wan Zack Haikal.

Walaupun hanya beraksi untuk jangka waktu yang singkat, Nor Hakim Hassan menunjukkan persembahan yang baik. Larian pantas di sebelah kiri berjaya memberikan ancaman kepada benteng pertahanan Bhutan.

Apa yang pasti, Nor Hakim harus mengekalkan rentak positif ini jika mahu dikekalkan untuk mewakili skuad kebangsaan pada masa akan datang. Kami juga mahu mengucapkan syabas kerana beliau berjaya mengubah persepsi negatiif musim lalu kepada persepsi yang positif musim ini.

Apa pendapat anda mengenai persembahan Nor Hakim Hassan bersama skuad kebangsaan ? Wajarkah beliau dikekalkan ?

Baca Juga: Captain Marvel Baru Skuad Kebangsaan

Leave a Reply