Sumber Gambar: Astro Awani

Pada perlawanan antara Malaysia menentang Bhutan, kita lihat Tan Cheng Hoe memberikan debut kepada beberapa pemain muda. Sesetengah daripada pemain muda ini beraksi dengan baik. Dan aksi baik mereka ini menimbulkan pertanyaan penulis. Adakah kita masih perlukan kuda tua untuk membela pasukan negara ?

Tan Cheng Hoe menggunakan khidmat beberapa pemain senior ketika menewaskan Bhutan. Pemain senior seperti Zaquan Adha, Mahali Jasuli dan Khairul Fahmi diturunkan dalam kesebelasan utama. Ketiga-tiga pemain ini berjaya menjalankan tugas dengan baik apabila membimbing pemain muda yang juga diturunkan dalam kesebelasan utama.

Antara pemain muda yang menyinar dalam perlawanan tersebut adalah Irfan Zakaria, Nazmi Faiz Mansor, Ariff Farhan Md Isa dan Akram Mahinan. Irfan dan Ariff Farhan beraksi dengan baik di bahagian pertahanan manakala Akram dan Nazmi saling membantu jentera serangan dan juga pertahanan. Pemain muda yang dimasukkan sebagai pemain gantian juga berjaya menjalankan tugas dengan baik.

Walaupun menentang Bhutan, pasukan yang menghantar pelajar dann juga pekerja tu, tapi pemain muda ini dilihat mampu untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pemain senior. Malah, mereka beraksi lebih baik daripada pemain senior yang digelar sebagai pemain “bintang” itu.

Di sini, penulis merasakan kita masih lagi perlukan khidmat kuda tua ini. Namun, tidaklah menurunkan ramai kuda tua dalam kesebelasan utama. Mungkin tiga atau empat pemain senior diturunkan dalam kesebelasan utama bagi memberikan kestabilan dalam pasukan.

Selain memberikan kestabilan, pemain senior ini juga akan menjadi pembimbing untuk memastikan pemain muda ini boleh melawan rasa gugup dan segera untuk menyesuaikan diri terhadap permainan. Kita boleh lihat ketika Zaquan dikeluarkan pada separuh masa kedua. Barisan serangan negara yang diisi pemain muda dilihat sedikit kucar-kacir.

Bukanlah penulis nak menafikan sumbangan beberapa kuda tua yang telah lama membela skuad kebangsaan. Cuma, inilah masanya untuk kita mengetengahkan bakat pemain muda untuk diasah bagi mempersiapkan diri untuk mewakili negara pada masa akan datang. Kalau bukan sekarang, bila lagi ?

Baca Juga: Tak Patut Beri Respon Sebegitu

Leave a Reply