Penjaga gol berpengalaman negara, Khairul Fahmi Che Mat diturunkan dalam kesebelasan utama ketika Malaysia menewaskan Bhutan. Beliau juga diberikan tanggungjawab sebagai ketua pasukan apabila Zaquan Adha dikeluarkan. Kami berpendapat perebutan bagi posisi penjaga gol nampaknya semakin sengit.

Setakat ini, Tan Cheng Hoe sudah menggunakan Hafizul Hakim, Haziq Nadzli dan Khairul Fahmi dalam tiga perlawanan antarabangsa terakhir. Haziq dilihat agak gugup ketika Malaysia seri dengan Mongolia. Jadi, di sini kami merasakan posisi penjaga gol lebih baik diisi oleh pemain yang berpengalaman.

Hafizul Hakim antara calon pilihan bagi diturunkan dalam kesebelasan utama negara. Jika kita melihat kepada prestasi semasa beliau bersama pasukan Perak dalam saingan Liga Malaysia, Hafizul antara penjaga gol yang tampil dengan cemerlang.

Selain Hafizul, ada tiga lagi penjaga gol yang boleh diberi perhatian oleh ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe. Shahril Shaa’ari beraksi dengan baik bersama PKNS FC setakat ini. Beliau dipanggil bagi menggantikan Haziq Nadzli dalam perlawanan Malaysia menentang Lebanon dan Bhutan tetapi beliau tidak diturunkan.

Khidmat Khairul Fahmi Che Mat juga boleh dipertimbangkan oleh Tan Cheng Hoe. Walaupun ketika ini persembahan beliau bersama pasukan Kelantan tidak begitu baik, namun pengalaman yang dimiliki oleh Apek boleh dimafaatkan oleh pasukan kebangsaan.

Satu lagi nama yang boleh diberi kepercayaan untuk menjaga gawang pasukan negara ialah Farizal Marlias. Farizal baru saja kembali daripada penggantungan setahun oleh AFC. Dan beliau terus menjadi piluhan nombor satu untuk menjaga gawang pasukan Johor Darul Ta’zim. Sama seperti Khairul Fahmi, pengalaman yang dimilki oleh Farizal boleh dimanfaatkan oleh pasukan negara.

Siapa saja yang akan dipilih kelak, diharapkan mereka mampu untuk menjalankan tugas dan juga tanggungjawab dengan baik. Inilah masanya skuad negara membuat kebangkitan di peringkat antarabangsa.

Apa pendapat anda mengenai persaingan bagi posisi penjaga gol pasukan kebangsaan ? Pemain mana yang layak untuk diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan kebangsaan ?

Baca Juga: Statistik Antara Tiga Jurulatih Negara

Leave a Reply