Sumber Gambar: Terengganu FC

Terengganu FC menyekat hajat Melaka United untuk berada dalam kelompok empat pasukan teratas Liga apabila mereka menewaskan pasukan bimbingan Eduardo Almeida 3-0 di Stadium Hang Jebat semalam. Kekalahan di tangan terengganu ini adalah kekalahan pertama Melaka di laman sendiri. Nyata barisan serangan Terengganu terlalu kuat untuk Melaka.

Jurulatih Terengganu FC, Irfan Bakti menurunkan menurunkan Bruno Suzuki dalam kesebelasan utama untuk membantu Kipre Tchetche di bahagian serangan. Manakala Lee Tuck diletakkan di belakang kedua-dua penyerang ini bagi membantu mereka.

Dan Terengganu tidak menunnggu lama untuk membuka tirai jaringan apabila Kipre Tchetche berjaya menjaringkan gol pertama perlawanan. Kipre dan Lee Tuck berjaya menambah dua gol pada separuh masa kedua. Keberkesanan barisan serangan Terengganu nyata sukar untuk dihalang oleh barisan pertahanan Melaka United.

Selain barisan pertahanan Melaka yang gagal untuk beraksi dengan baik, barisan serangan Melaka yang diketuai oleh Yahor Zubovich juga mengecewakan. Barisan pertahanan Terengganu FC juga terlalu kuat apabila gerakan serangan yang diatur dilihat mudah untuk dipatahkan.

Akan tetapi, terengganu FC nyata harus membayar harga yang mahal untuk kemenangan semalam kerana Kipre Tchetche mengalami kecederaan. Masih lagi tidak dapat disahkan tentang kecederaan apa yang dialami oleh ketua pasukan Terengganu itu.

Apa yang pasti, pasukan Terengganu hanya perlu mengekalkan prestasi cemerlang ketika ini, terutama di bahagian serangan. Bruno Suzuki dan Kipre Tchetche dilihat mampu untuk membentuk satu gandingan yang baik untuk mencari gol buat pasukan.

Bagi pasukan Melaka United pula, Eduardo Almeida harus memperbaiki barisan pertahanan beliau. Selain barisan pertahanan, Eduardo juga perlu mencari formula baru bagi memudahkan tugas Yahor Zubovich di bahagian serangan agar beliau tidak keseorangan.

Apa pendapat anda mengenai kemenangan Terengganu FC ke atas pasukan Melaka United semalam ? Adakah mereka mampu mengekalkan rentak kemenangan ketika ini ?

Dan mampukah Melaka United untuk bangkit setelah tewas buat kali pertama di laman mereka sendiri semalam ?

Baca Juga: Dimana Bruno Suzuki Akan Diletakkan ?

Leave a Reply