Sumber Gambar: MFL

Pasukan Pahang memastikan pendahulu Liga, Johor Darul Ta’zim tidak terlalu selesa berada di puncak apabila berjaya menewaskan pasukan Melaka United dengan keputusan 2-0 semalam. Perlawanan tersebut didominasi oleh pasukan Pahang dengan Melaka diibaratkan sebagai “penonton” dalam perlawanan tersebut.

Walaupun hanya menjaringkan gol pada separuh masa kedua, namun Pahang berjaya menguasai sebahagian besar perlawanan semalam. Semua bahagian berjaya beraksi dengan baik. Namun, bahagian serangan Pahang dilihat lambat panas dan hanya beberapa percubaan saja yang dilihat berjaya menembusi benteng Melaka United pada separuh masa pertama.

Pada perlawanan semalam, barisan pertahanan Pahang tenang untuk menyerap segal asakan yang dilancarkan oleh serangan Melaka United. Ketua pasukan pada perlawanan semalam, Muslim Ahmad nyata berada dalam presatsi terbaik setakat ini. Beliau berjaya menjalankan tugas sebagai ketua pasukan dengan baik dan berjaya mengemudi benteng pertahanan Pahang dengan jayanya.

Bagi pasukan Melaka United pula, tiada gerakan yang berbahaya dilancarkan oleh mereka. Barisan serangan yang tumpul serta gagal untuk menumpukan sepenuh perhatian pada 20 minit terakhir perlawanan nyata menjadi kesilapan terbesar pada perlawanan semalam.

Yahor Zubovich dilihat sedikit tumpul pada perlawanan semalam. Manakala bahagian tengah pasukan Melaka gagal menyekat Nor Azam Azih yang bermain baik semalam. Dipendekkan cerita, Melaka tewas di setiap sudut.

Kemenangan semalam memastikan jarak pasukan Pahang dengan pendahulu, JDT hanya dipisahkan dengan empat mata. Setelah Terengganu FC dan PKNS FC gagal untuk mengutip kemenangan, menjadi tanggungjawab besar buat Pahang bagi memastikan JDT tidak terlalu selesa di puncak.

Banyak yang perlu diperbaiki oleh Eduardo Almeida bangi mengelakkan kesilapan semalam berlaku lagi pada perlawanan akan datang. Para pemain Melaka perlu lebih agresif baik ketika menyerang ataupun ketika bertahan.

Apa pendapat anda mengenai kemenangan pasukan Pahang pada perlawanan semalam ? Mampukah mereka terus memberikan saingan terhadap pasukan JDT bagi mahkota kejuaraan Liga Super ?

Dan apakah yang perlu dilakukan oleh Eduardo Almedia bagi menyelesaikan masalah pada perlawanan semalam ?

Baca Juga: JDT Gagal Sekat Dominasi Pahang

Leave a Reply