• Setelah pasukan Kelantan memutuskan bahawa mereka tidak lagi perlukan khidmat Khairul Fahmi Che Mat dan Badhr Radzi, peminat tertanya-tanya tentang destinasi seterusnya bagi Apek dan Piya. Di sini, kami senaraikan 4 pasukan yang boleh menjadi destinasi seterusnya bagi Khairul Fahmi Che Mat.

    1. Selangor
    Pasukan Selangor mengalami masalah di barisan pertahanan dan juga penjaga gol yang beraksi tidak konsisten musim ini. Lihat saja bilangan gol yang dilepaskan dalam saingan Liga dan juga Piala FA setakat ini. Jika Khairul Fahmi menyertai Selangor, sedikit-sebanyak beliau boleh membantu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

    2. Kuala Lumpur
    Sama seperti Selangor, pasukan Kuala Lumpur juga menghadapi masalah penjaga gol yang beraksi tidak konsisten setakat ini. Ketiga-tiga penjaga gol telah digunakan oleh Fabio. Namun, hanya Khatul saja yang beraksi baik. Dengan adanya Apek, Fabio mempunyai banyak pilihan di posisi penjaga gol pasukan.

    3. Negeri Sembilan
    Setelah kehilangan Syihan Hazmi ekoran masalah doping, posisi penjaga gol utama Negeri Sembilan masih lagi samar dengan penjaga gol sedia ada tidak beraksi dengan baik. Namun, ketika seri dengan pasukan Kelantan, Kaharuddin Rahman berjaya menunjukkan persembahan yang mantap. Dengan adanya Apek, Negeri Sembilan akan mempunyai dua penjaga gol yang akan bersaing untuk posisi penjaga gol utama.

    4. Terengganu FC
    Untuk menghadapi saingan Liga Super musim ini, Irfan Bakti menggunakan khidmat penjaga gol berusi 40 tahun iaitu Suffian Abdul Rahman. Persembahan Suffian setakat ini boleh dikatakan baik. Jika Apek menyertai Terengganu, maka beliau boleh memberikan saingan dan juga back up kepada Suffian bagi posisi penjaga gol nombor satu pasukan.

    Sudah pasti banyak pasukan yang mahukan khidmat Khairul Fahmi Che Mat kerana pengalaman beraksi dalam Liga Malaysia dan juga skuad kebangsaan yang dmiliki oleh beliau. Walau apa pun, kita harus menunggu sehingga jendela perpindahan kedua dibuka nanti.

    Apa pendapat anda mengenai empat pasukan di atas ? Pasukan mana yang sesuai bagi Apek untuk menjadi destinasi seterusnya dalam karier beliau ?

    Baca Juga: KAFA, Demo Lo Ni Dok Supo Dulu

    Leave a comment

    Your email address will not be published.