• Dalam saingan Liga Perdana musim 2018, kami berpendapat ada sesetengah pemain yang terlalu bagus untuk bermain dalam saingan divisyen kedua bola sepak Malaysia itu. Di sini, kami ingin menyenaraikan 5 pemain yang terlalu bagus untuk Liga Perdana dan patut bermain dalam Liga Super.

    1. Wan Zack Haikal

    Wan Zack Haikal

    SumberGambar: FAM

    Wan Zack menyertai Felda United pada saingan musim lalu. Dan semenjak menyertai The Fighters, Wan Zack dilihat berjaya menemui semula sentuhan emas beliau. Musim ini, Wan Zack berjaya tampil cemerlang bersama Felda dalam saingan Liga Perdana. Dengan persembahan terkini, beliau patut bermain dalam saingan Liga Super.

    2. Nazmi Faiz Mansor

    Sumber Gambar: FAM

    Sama seperti Wan Zack, Nazmi menyertai pasukan baru musim lalu. Namun, musim ini beliau diletakkan dalam pasukan JDT II. Dengan persembahan cemerlang setakat ini, Nazmi sepatutnya bermain di saingan tertinggi. Bukan dalam saingan Liga Perdana.

    3. Fazly Mazlan

    Sumber Gambar: FAM

    Seorang pemain yang diturunkan pangkat ke JDT II musim ini. Fazly Mazlan telah dilabel pertahanan kiri terbaik yang dimiliki oleh negara sebelum ini. Jadi, untuk meneruskan label tersebut, Fazly perlu bermain dalam saingan Liga Super.

    4. Thiago Augusto Fernandez

    Sumber Gambar: Felda United

    Thiago menjadi penyerang import terbaik dalam Liga Malaysia sejak dua musim kebelakangan ini. Beliau beraksi cemerlang bersama pasukan Felda United dan juga Kedah dalam saingan Liga Super sebelum ini. Saat ini, beliau bermain di Liga Perdana, dan beliau terlalu bagus untuk saingan tersebut. Beliau seharusnya bermain dalam Liga Super.

    5. Rawilson Batuil

    Sumber Gambar: Stadium Astro

    Pasukan Sabah nyata mengejutkan ramai apabila beraksi dengan baik setakat ini. Dan Rawilson Baruil menjadi kunci utama kecemerlangan mereka. Kami berpendapat Rawilson boleh bermain dalam saingan Liga Super dengan kualiti yang dimiliki.

    Haa itulah dia 5 pemain yang menurut kami terlalu bagus untuk saingan Liga Perdana dan harus bermain dalam Liga Super. Apa pendapat anda mengenai pemain yang kami pilih ? Atau anda mempunyai pemain lain yang boleh dimasukkan dalam senarai di atas ?

    Baca Juga: Apa Yang Diperlukan Oleh Nazmi Faiz Mansor ?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.