• Kejayaan pasukan Filipina layak ke temasya Piala Asia tahun hadapan nyata menjadi sejarah tersendiri buat pasukan tersebut. Kejayaan mereka juga membuatkan beberapa kelab di Asia Tenggara mahu mengambil khidmat pemain mereka. Menurut satu sumber yang memberitahu kami, ada pasukan dari Liga Malaysia yang berminat untuk mendapatkan salah seorang pemain The Azkals iaitu Martin Steuble.

    Martin Steuble merupakan salah satu daripada kebanyakkan pemain kacukan dalam pasukan kebangsaan Filipina. Pemain berusia 29 tahun ini dilahirkan di Schlieren, Switzerland dan memulakan karier bola sepak profesional beliau di negara tersebut.

    Steuble memulakan karier profesional beliau bersama kelab Neuch√Ętel Xamax di Liga Switzerland. Setelah bersama Neuch√Ętel Xamax, beliau kemudiannya mewakili empat kelab yang berbeza sebelum menyertai Sporting Kansas City secara ejen bebas dalam saingan Major League Soccer (MLS) pada musim 2014.

    Bersama Sporting KC, Steuble tidak mendapat minit bermain yang banyak dan hanya mewakili pasukan tersebut selama satu musim sebelum berhijrah dengan menyertai Ceres Negros pada musim 2015.

    Bersama pasukan kebangsaan Filipina, pemain yang mampu untuk bermain di posisi tengah dan juga posisi sayap ini mula mewakili The Azkals pada tahun 2014. Steuble membuat penampilan pertama bersama Filipina dalam perlawanan persahabatan menentang Malaysia di Stadium Selayang dimana perlawanan tersebut berkesudahan seri tanpa jaringan.

    Menurut sumber kami, pasukan yang berminat dengan Steuble ini adalah pasukan yang dinaikkan daripada saingan Liga Perdana ke Liga Super musim ini. Tambah sumber kami, pasukan tersebut berasal daripada selatan tanah air dan sedang menghuni kelompok bawahan Liga Super.

    Ketika ini, Martin Steuble sedang mengalami kecederaan selepas membantu Filipina layak ke Piala Asia dan sedang dalam proses untuk pemulihan. Musim ini, kita telah menyaksikan kelibat Misagh Bahadoran dan Ian Ramsay yang beraksi cemerlang bersama Felda United di Liga Perdana.

    Apa pendapat anda mengenai Martin Steuble yang menarik minat pasukan Liga Malaysia untuk mengambil khidmat beliau ?Mampukah Steuble menyinar ?

    Baca Juga: Kesilapan Terbesar Negeri Sembilan ?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.