• Sejak menyertai semula pasukan Selangor pada pertengahan musim lalu, Amri Yahyah atau yang lebih sinonim dengan panggilan Wak Am mejadi pemain penting buat pasukan Selangor. Di sini, penulis mempunyai pertanyaan untuk peminat Selangor. Siapa yang lebih sesuai untuk menjadi ketua pasukan. Amri Yahyah atau Razman Roslan ?

    Razman Roslan diangkat sebagai ketua pasukan Selangor untuk saingan musim 2018. Persembahan beliau pada dua perlawanan pertama Liga Super ketika menewaskan Kuala Lumpur dan Melaka United dilihat baik. Razman berjaya membentuk satu gandingan mantap bersama Willian Pacheco dan Fairuz Abdul Aziz.

    Namun, selepas kekalahan besar di tangan Terengganu, prestasi Razman dilihat sedikit merudum. Ketika tewas di tangan Kedah minggu lalu, Razman menjadi sasaran kritikan peminat di atas hambarnya barisan pertahanan Selangor yang gagal untuk mengekang asakan pasukan Kedah.

    Bagi Amri pula, beliau diberikan tugas sebagai ketua pasukan apabila Razman direhatkan kerana kecederaan. Penulis berpendapat Amri mengambil tanggungjawab sebagai ketua pasukan dengan baik.

    Amri sememangnya tidak asing lagi untuk memegang jawatan ketua pasukan Selangor kerana sebelum beliau berhijrah ke Johor Darul Ta’zim pada 2014, Amri selalu menjadi pilihan utama untuk jawatan tersebut. Siapa saja jurulath ketika itu, sudah pasti jurulatih tersebut akan memilih Amri sebagai ketua pasukan.

    Penulis berpendapat jika dilihat dari segi pengalaman, kedua-dua pemain ini sememangnya mempunyai banyak pengalaman dalam saingan Liga Malaysia. Amri dan Razman sudah memenangi pelbagai kejuaraan yang ditawarkan dalam Liga Malaysia.

    Akan tetapi, kedua-dua pemain mempunyai gaya kepimpinan dan juga karisma yang tersendiri sebagai ketua pasukan. Itulah perbezaan yang membezakan Amri Yahyah dan Razman Roslan.

    Menurut anda bagaimana ? Pemain mana yang sesuai untuk memegang jawatan sebagai ketua pasukan Selangor ? Adakah anda merasa Amri Yahyah lebih sesuai untuk memegang jawatan tersebut ?

    Atau anda berpendapat Razman Roslan boleh diberi lebih peluang untuk membuktikan bahawa beliau adalah individu yang tepat untuk mengetuai barisan pemain Selangor ?

    Baca Juga: Pasukan Selangor Perlukan Penjaga Gol Baru

    Leave a comment

    Your email address will not be published.