• Insiden panas yang terjadi ketika perlawanan Klang Valley Derby antara pasukan Selangor menentang Kuala Lumpur masih lagi menjadi bualan hangat peminat bola sepak negara. Dari insiden Fabio Maciel yang mengasari Amri Yahyah hinggalah insiden Guilherme De Paula dilayangkan kad merah pada separuh masa pertama.

    Anda boleh lihat insiden di mana Guilherme telah dilayangkan kad merah pada separuh masa pertama dalam video di bawah.

    Sumber Video: Football Cvltvre Channel

    Guilherme dilihat menumbuk pemain Selangor, Abdu Halim Zainal ketika kedua-dua pemain terlibat dalam perebutan bola pada minit ke-26. Atas tindakan tersebut, pengadil tidak teragak-agak untuk melayangkan kad merah kepada Guilherme. Kami menjangkakan ada tindakan tegas bakal dikenakan kepada penyerang Kuala Lumpur ini.

    Guilherme berkemungkinan besar tidak dapat diturunkan pada perlawanan Kuala Lumpur menentang Pahang minggu ini dan perlawanan menentang Selangor pada suku akhir kedua minggu hadapan. Selain penggantungan perlawanan, Guilherme juga berkemungkinan bakal dikenakan denda berupa wang ringgit.

    Selain Guilherme, jurulatih Kuala Lumpur, Fabio Maciel juga berpotensi untuk menerima hukuman kerana kekasaran yang dilakukan beliau terhadap Amri Yahyah.

    Jika benar kedua-dua individu ini bakal dikenakan hukuman, maka ia akan menjadi tamparan hebat buat pasukan Kuala Lumpur yang akan menghadai ujian getir apabila mereka bertemu Pahang dan Selangor. Apatah lagi jika hukuman yang dikenakan adalah hukuman penggantungan perlawanan. Barisan serangan Kuala Lumpur mungkin terjejas.

    Diharapkan insiden yang terjadi pada perlawanan sabtu lalu menjadi pengajaran kepada keduanya dan juga pemain serta jurulatih lain dalam saingan Liga Malaysia. Sebagai seorang pemain dan juga jurulatih bertaraf profesional, mereka seharusnya bijak untuk mengawal emosi ketika di luar dan dalam padang.

    Apa pendapat anda mengenai jenis hukuman yang bakal dikenakan terhadap Guilherme De Paula dan Fabio Maciel ? Adakah penggantungan perlawanan serta denda wang ringgit sudah memadai ? Ataupun kedua-dua pemain bakal terlepas daripada hukuman ? Mari kongsikan pendapat anda bersama kami.

    Baca Juga: Fabio Maciiel Seharusnya Lebih Bijak Mengawal Emosi

    Leave a comment

    Your email address will not be published.