• Prestasi Johor Darul Ta’zim II dalam saingan Liga Perdana musim ini diibaratkan sebagai bahan jenaka kerana pasukan yang dibarisi pemain bintang namun masih gagal untuk mengutip kemenangan. Baru-baru ini, pengarah teknikal JDT, Alistair Edwards telah mengumumkan bahawa akan ada tiga pemain import baru untuk memperkuatkan pasukan.

    Sekarang ni penulis nak tanya. Sebagai reserve team, apa tujuan sebenar anda mengambil khidmat pemain import ? Tujuan sebenar pasukan anda ditubuhkan adalah untuk memberi pendedahan kepada pemain muda supaya mereka bersedia apabila dipanggil untuk menyertai skuad utama.

    Apa yang reserve team ini perlu lakukan ialah memberi sepenuh kepercayaan kepada pemain-pemain muda untuk terus membawa cabaran pasukan. Bak kata legenda Belanda dan Barcelona, Johan Cryuff, if we lose, we lose. But we need to create player. Jika ada kelibat pemain import dalam kesebelasan utama, macam mana pemain muda ini nak perform ?

    Peminat juga ada yang tidak bersetuju dengan langkah yang diambil oleh JDT untuk memastikan ada peningkatan prestasi JDT II musim ini.

    Penulis berpendapat Johor Darul Ta’zim II tidak perlu mengambil khidmat pemain import untuk mereka bangkit dalam saingan Liga Perdana musim ini. Mereka harus kekal dengan prinsip sebagai development team dan memberi peluang kepada pemain muda untuk terus menbawa cabaran pasukan.

    Apa yang boleh dipertimbangkan oleh JDT ialah mereka boleh menggantikan jurulatih sedia ada dengan jurulatih mempunyai corak permainan yang sesuai dengan barisan pemain sedia ada ketika ini. Benjamin Mora dilihat bergelut untuk merencanakan corak permainan yang sesuai menggunakan pemain yang sedia ada.

    Haa itulah pendapat penulis mengenai perkara ini. Sebenarnya bagus juga jika ada development team di Liga Malaysia. Maklumlah, kebanyakkan pasukan utama tak mampu nak sediakan tempat untuk pemain muda kita menyinar. Jadi development team ini adalah satu medan yang baik untuk mereka menunjukkan bakat.

    Baca Juga: Kita Dah Jauh Ketinggalan ?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.