• Nazmi Faiz Mansor. Nama tersebut menjadi bualan sejak kebelakangan ini kerana aksi cemerlang beliau bersama pasukan kebangsaan dalam dua perlawanan menentang Lebanon dan juga Bhutan. Persembahan ala-ala Safiq Rahim ketika belum menaiki kereta berkuasa tinggi, Mustang itu nyata menuai pujian daripada peminat. Ketika ini, apa yang diperlukan oleh Nazmi untuk mengekalkan prestasi beliau ?

    Ketika ini Nazmi diletakkan di Johor Darul Ta’zim II yang bermain dalam saingan Liga Perdana. Penulis berpendapat dengan standard yang dimiliki oleh Nazmi, beliau tidak patut untuk bermain dalam saingan Liga Perdana. Nazmi sepatutnya bermain dalam saingan Liga Super yang mempunyai intensity dan juga persaingan yang jauh lebih baik berbanding Liga Perdana.

    Jika Nazmi Faiz bermain dalam saingan Liga Super, peluang Nazmi untuk mengekalkan rentak ketika ini juga cukup baik. Ini kerana beliau akan menghadapi barisan pemain yang lebih baik.

    Selain beraksi di peringkat yang lebih tinggi, Nazmi juga harus mendapat minit bermain yang banyak untuk mengekalkan prestasi semasa beliau. Seperti contoh, lihat Wan Zack Haikal dan Mahali Jasuli yang berjaya beraksi dengan baik bersama pasukan negara. Ini kerana mereka berdua mula mendapat minit bermain yang banyak bersama kelab masing-masing iaitu PKNS FC dan Felda United.

    Minit bermain yang cukup bukan hanya membantu Nazmi untuk mengekalkan prestasi semasa tetapi juga membantu beliau kekal cergas dan tidak cepat tumpul. Sayang kalau beliau memanskan bangku simpanan. Prestasi semasa beliau boleh terjejas dengan tindakan memerap Nazmi.

    Itulah pendapat penulis tentang perkara yang Nazmi Faiz Mansor perlukan untuk mengekalkan prestasi semasa. Jika kelab semasa beliau tidak dapat memberikan dua perkara ini, pandai-pandailah Nazmi memilih pasukan yang boleh memberikan kedua-dua perkara tersebut.

    Bukan apa. Ini untuk kebaikan skuad kebangsaan juga. Harus diingat, inilah masanya dimana kita membina semula empayar skuad kebangsaan yang telah runtuh dek kerana kesalahan kita sendiri. Lagi satu, tiada apa yang lebih besar daripada pasukan kebangsaan kita yang tercinta ini.

    Baca Juga: Kita Masih Perlukan Kuda Tua ?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.