• Kita sedia maklum pasukan Kelantan telahpun melepaskan beberapa pemain mereka. Pelepasan ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan, menurut Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan. Baru-baru ini, bekas presidenKAFA, Tan Sri Annuar Musa telah memberikan bantuan sebanyak RM 320,000 untuk KAFA membuat bayaran KWSP. Adakah ada dasar tertentu di atas bantuan ini ?

    TAn Sri Annuar yang juga penasihat KAFA ini pernah berjanji akan sentiasa berada di belakang pasukan. Di atas sumbangan yang diberikan, rata-rata peminat Kelantan mengucapkan terima kasih dan menghargai sumbangan beliau. Penulis merasakan ini adalah satu kelebihan buat KAFA mempunyai penasihat seperti Tan Sri Annuar Musa.

    Apa yang penulis maksudkan dengan dasar tertentu pada awal penulisan adalah berkemungkinan Tan Sri Annuar Musa berminat untuk bertanding jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Jawatan presiden FAM ketika ini disandang oleh Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi.

    Jadi, Tan Sri Annuar mungkin mahukan sokongan daripada KAFA untuk beliau bertanding jawatan tersebut. Sebelum ini, Tan Sri Annuar Musa juga pernah bertanding jawatan presiden pada pemilihan tahun lalu. Namun, beliau akhirnya menarik diri bagi memberi laluan kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

    Dan jika benar Tan Sri Annuar Musa berminat untuk bertanding jawatan presiden FAM, beliau akan berhadapan dengan Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang telah menyerahkan dokumen perihal jawatan sebagai presiden FAM.

    Menarik untuk kita saksikan jika benar Tan Sri Annuar Musa berminat untuk bertanding jawatan presiden FAM. Kita sudah sedia maklum kebolehan beliau menjulang pasukan Kelantan dalam Liga Malaysia sebelum ini. Lihat saja jumlah kejuaraan yang sudah dimenangi pasukan Kelantan.

    Walau apa pun, penulis sendiri hanya melontarkan pendapat mengenai perkara ini. Ada kemungkinan Tan Srii Annuar sememangnya mahu membantu dan tiada maksud lain. Ada kemungkinan pendapat yang penulis utarakan benar-benar akan berlaku. Sama-sama kita nantikan bagaimana kesudahan kepada perkara ini.

    Baca Juga: Mana Satu Yang Betul ? Direhatkan Atau Dilepaskan

    Leave a comment

    Your email address will not be published.