• Selepas dia gugurkan ramai pemain, dia bawa masuk pemain muda. Itulah tindakan Fajr Ibrahim untuk menggantikan pemain yang dia lepaskan tu. Sejumlah 6 pemain muda dinaikkan pangkat ke pasukan utama. Satu je penulis nak tanya. Berbaloi ke anda pertaruhkan pemain muda untuk membawa perjuangan pasukan ?

    Kali terakhir kita melihat pasukan menggunakan majoriti pemain muda dalam pasukan mereka ialah pasukan Pahang pada musim 2016. Dan mereka nyata bergelut sepanjang musim tersebut. Musim ini, kita dapat lihat pasukan Selangor menggunakan khidmat pemain muda dalam pasukan. Setakat ini, kita dapat melihat pemain muda Selangor beraksi dengan baik.

    Penulis berpendapat penggunaan pemain muda ini baik untuk pasukan dan juga kemajuan pemain itu sendiri. Penulis juga merasakan bahawa sudah tiba masanya pasukan Kelantan untuk dibarisi oleh pemain muda. Sampai bila kita nak tengok Kelantan ni asyik dibarisi oleh kuda tua je.

    Dengan penggunaan pemain muda, Kelantan juga boleh berjimat daripada memberli pemain lain pada masa hadapan. Jika diberikan cukup masa, ruang serta peluang untuk menonjolkan bakat, tidak mustahil pemain muda ini mampu untuk menjadi pemain bintang pada masa akan datang.

    Masa dan juga peluang adalah masalah utama dalam perkembangan pemain muda dalam negara kebelakangan ini. Jadi, di sini penulis mahu mengucapkan syabas kepada pasukan yang mahu memberikan kedua-dua elemen ini untuk pemain muda negara menyinar. Sudah tiba masanya mereka untuk membuktikan kemampuan.

    Jadi berbalik kepada soalan yang penulsi ajukan. Adakah berbaloi untuk pasukan Kelantan pertaruhkan pemain muda dalam membawa cabaran pasukan dalam Liga Malaysia yang semakin “menarik” ini ? Ya penulis berpendapat tindakan yang diambil oleh Fajr Ibrahim ini berbaloi.

    Akan tetapi, apa yang penting, hasilnya kita tidak akan lihat dalam jangka masa terdekat. Peminat harus memberi sokongan kepada usaha ini dan juga bersabar. Rome wasn’t build in a day. Nescaya perkara baik akan berlaku dengan usaha yang dilakukan Fajr and the gang!

    Baca Juga: Mana Nahkoda Kapal Yang Tenggelam Ni ?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.