• Menurut sumber yang memberitahu kami, pasukan yang gagal untuk membayar gaji pemain mereka selamat empat bulan, Marcerra Kuantan FA sah dibubarkan dan tidak akan mengambil bahagian dalam saingan Liga Malaysia. Ini sudah pasti menimbulkan tanda tanya mengenai nasib pemain yang belum menerima gaji.

    Beberapa pemain memang sudah meninggalkan pasukan sejak bulan lalu apabila tiada tindakan susulan berkenaan tuunggakan gaji pemain. Beberapa pemain telah menyertai pasukan Liga FAM seperti D’AR Wanderers dan MOF FC. Para pemain yang tinggal juga enggan untuk turun beraksi ketika Kuantan FA dijadualkan menentang PDRM FA minggu lalu.

    Tambah sumber kami, beberapa pemain tempatan Kuantan FA ketika ini sedang melakukan rundingan dengan pasukan lain dalam saingan Liga Perdana. Tiga pemain tempatan termasuk seorang penjaga gol sedang melakukan rundingan bersama UKM FC.

    Dengan pembubaran ini, nasib pemain yang belum menerima gaji masih lagi samar. Sama ada nasib mereka bakal terbela ataupun tergantung. Apa yang boleh kita lakukan ialah menunggu pengumuman rasmi daripada Malaysia Football League (MFL) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkenaan pembubaran ini.

    Penulis berharap nasib pemain dapat terbela walaupun pasukan sudah dibubarkan.

    Baca Juga: Selesaikan Segera, Jangan Siksa Pemain

    Leave a comment

    Your email address will not be published.