• Nampaknya isu pelepasan beberapa pemain Kelantan telah memasuki babak yang baru apabila penyerang import yang digugurkan, Bruno Lopes mengkritik pengurusan KAFA. Bruno melabelkan presiden KAFA sebagai tidak boleh dipercayai.

    Anda boleh lihat kenyataan Bruno Lopes di bawah.

    Giliran Bruno buka mulut, rancang ambil tindakan, label Presiden tidak boleh dipercayaiBelum pun reda isu S.Veenod…

    Posted by La BOLA Malaya on Saturday, 7 April 2018

    Bruno berasa kecewa kerana musim yang diharapkan menjadi musim yang gemilang bersama pasukan Kelantan tidak menjadi kenyataan. Bekas penyerang Persija Jakarta ini turut membidas pasukan Kelantan kerana mereka gagal untuk membantu Bruno mengalami kecederaan. Beliau juga kecewa kerana presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan yang mencanang tentang kecederaan beliau di media sosial.

    Akan tetapi, perkara yang lebih serius pada pandangan kami ialah Bruno masih lagi tidak mendapat sebarang pampasan apabila beliau digugurkan. Bruno juga menerangkan bahawa presiden KAFA menyekat sebarang komunikasi apabila Bruno cuba untuk mendapatkan hak beliau. Akhir sekali, Bruno juga menyatakan bahawa pasukan Kelantan masih jauh daripada gelaran profesional jika mereka masih lagi mengamalkan pengurusan seperti sekarang.

    Kami berpendapat KAFA harus segera menyelesaikan permasalahan ini agar ianya tidak memberi beban kepada pasukan di kemudian hari. Jika Bruno membawa perkara ini ke peringkat yang lebih tinggi seperti FIFA atau FAM, tidak mustahil Kelantan akan dikenakan hukuman berat seperti pemotongan mata ataupun sekatan perpindahan.

    Walau apa pun, kami mengharapkan ada jalan penyelesaian terbaik yang boleh diambil oleh kedua-dua belah pihak. Bagi KAFA, ia bagi mengelakkan masalah melanda mereka pada masa akan datang. Bagi Bruno pula, beliau ada keluarga yang perlu disara.

    Apa pendapat anda mengenai tindakan Bruno Lopes yang mengkritik pengurusan KAFA dan melabelkan presiden KAFA sebagai tidak boleh dipercayai ? Adakah pihak KAFA patut dipersalahkan ?

    Dan mungkinkah ada jalan penyelesaian yang boleh diambil oleh kedua-dua pihak bagi mengelakkan mereka ditimpa masalah pada masa akan datang ? Mari kongsikan pendapat anda mengenai perkara ini bersama kami.

    Baca Juga: Mana Satu Yang Betul ? Dilepaskan Atau Digugurkan ?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.