• Pasukan Kedah sememangnya dikenalis ebagai antara pasukan gergasi dalam saingan Liga Malaysia. Sejak memenangi Piala Malaysia pertama pada 1990 dengan menewaskan Singapura, Kedah menjadi salah satu jaguh dengan memenangi semua kejuaraan yang dipertandingkan dalam Liga Malaysia. Namun, pasukan Kedah tidak akan berada di posisi hari ini tanpa pengurus legenda mereka, Allayarham Dato’ Paduka Ahmad Basri Akil.

    Allayarham Dato’ Paduka Ahmad Basri Akil mula terbabit dengan bola sepak Kedah apabila beliau dilantik sebagai timbalan pengurus pasukan Kedah pada 1984. Setahun kemudian, allayarham dilantik sebagai pengurus pasukan. Pada tahun 1990 bermulanya era emas Allayarham Dato’ Paduka Ahmad Basri Akil bersama pasukan Hijau Kuning.

    Kedah berjaya memenangi Piala Malaysia pertama pada 1990 dengan menewaskan pasukan Singapura pada perlawanan akhir. Tidak cukup dengan itu, pada musim 1993 Kedah berjaya memenangi double dengan menjuarai Divisyen 1 dan juga Piala Malaysia, juga dengan menewaskan Singapura.

    Koleksi trofi Allayarham Dato’ Paduka Ahmad Basri Akil bersama pasukan Kedah akhirnya lengkap pada 1996 apabila Kedah berjaya memenangi Piala FA dengan menewaskan pasukan Sarawak pada perlawanan akhir.

    Sumbangan Dato’ Paduka Ahmad Basri Akil tidak terhenti sampai di sini. Beliau adalah individu yang menyarankan agar pasukan Kedah menggunakan warna hijau kuning sebagai identiti pasukan, yang mana warna tersebut sudah identik dengan pasukan dan tetap digunakan sehingga ke hari ini.

    Motto pasukan Kedah iaitu Biar Jasa Jadi Kenangan juga idea daripada Dato’ Paduka Ahmad Basri Akil. Selain itu, allayarham juga menulis sendiri lirik lagi Biar Jasa Jadi Kenangan.

    Berikut adalah lirik lagu tersebut.

    Biar Jasa Jadi Kenangan
    Yakinkanlah diri sendiri
    Berjuanglah sejiwa murni
    Tekun, berani sesungguh hati

    Demi sukan mengharum negeri
    Biar jasa jadi kenangan
    Hijau Kuning lambang kemegahan
    Jelapang Padi tempat sanjungan

    Negeri Kedah Darul Aman
    Kedah, Kedah pantang kalah
    Walau sakit, jatuh dan rebah
    Bangun lantas semula gagah

    Bujur lalu melintang patah
    Darul Aman negeriku
    Hijau Kuning darahku
    Negeri Kedah negeriku
    Negeri Kedah negeriku

    Besar sumbangan allayarham Dato’ Paduka Ahmad Basri Akil kepada pembangunan bola sepak Kedah. Kami berpendapat pengurus bola sepak dalam Liga Malaysia masa kini boleh mencontohi gaya kepimpinan allayarham.

    Baca Juga: Solusi Kemelut Yang Melanda KAFA

    Leave a comment

    Your email address will not be published.