• Terengganu FC akan bertandang ke Stadum Hang Jebat bagi menghadapi pasukan Melaka United dalam perlawanan Liga Super 2018 esok. Dalam perlawanan ini, menarik untuk kita saksikan dimana penyerang yang baru dinaiikan pangkat, Bruno Suzuki akan diletakkan dalam pasukan utama.

    Setelah penyerang import, Lee Jun-hyeob gagal untuk menunjukkan prestasi terbaik, Irfan Bakri memutuskan untuk menurunkan pangkat beliau ke Terengganu FC II dan menaikkan Bruno Suzuki untuk menyertai pasukan utama. Dengan hadirnya Bruno, Irfan mempunyai pilihan yang luas di bahagian serangan.

    Ada banyak kemungkinan tentang bagaimana barisan pemain serangan yang akan diturunkan oleh Irfan Bakti pada perlawanan esok. Sebelum ini, Irfan menggunakan Kipre Tchetche yang dibantu Lee Tuck di bahagian serangan.

    Kipre boleh diletakkan di belakang Bruno bagi memegang peranan sebagai pemain nombor 10. Kipre dilihat sesuai mengisi posisi tersebut kerana beliau mempunyai kawalan serta gelecekkan bola yang baik. Manakala Lee Tuck pula boleh diletakkan disamping Thierry Chanta Bin bagi menguatkan lagi bahagian tengah pasukan.

    Ataupun Irfan boleh meletakkan Bruno dan Kipre sebagai penyerang kembar sambil dibantu oleh Lee Tuck dan dua pemain sayap mereka iaitu Abdul Malik Mat Ariff dan Faiz Nasir. Kita telah melihat corak sebegini digunakan oleh pasukan Pahang musim ini. Dan ianya berjaya memberi hasil yang baik untuk Pahang setakat ini.

    Walau apa pun, siapa saja barisan serangan yang bakal diturunkan esok, peminat mengharapkan mereka boleh menjaringkan gol sekaligus Terengganu FC meraih kemenangan dalam saingan Liga. Dimana kali terakhir Terengganu mengutip kemenangan ialah pada Februari lalu apabila mereke menewaskan Negeri Sembilan dengan keputusan 2-1.

    Apa pendapat anda mengenai posisi Bruno Suzuki dalam pasukan utama Terengganu FC ? Dimana Beliau akan diletakkan dalam kesebelasan utama ? Adakah sebagai penyerang utama ? Sebagai penyerang kembar disamping Kipre Tcheche ?

    Atau beliau akan senasib dengan Lee Jun-hyeob yang memanaskan bangku simpanan dan hanya dimasukkan pada minit-minit akhir permainan ?

    Baca Juga: Bruno Suzuki Ganti Lee Jun-hyeob

    Leave a comment

    Your email address will not be published.