• Liga Malaysia sememangnya tidak pernah gagal untuk menghasilkan bakat-bakat muda saban tahun. Lihat saja beberapa pemain muda yang mendapat kepercayaan untuk tampil dalam kesebelasan utama. Di sini, kami ingin mengupas tentang seorang pemain muda dari pasukan Perak. Siapakah pemain muda tersebut ? Beliau adalah Muhammad Firdaus Saiyadi.

    Nama Firdaus Saiyadi mula menjadi bualan peminat bola sepak Malaysia apabila beliau menjalani latihan bersama kelab Australia, Newcastle Jets selama sembilan hari pada 2014 lalu. Kejayaan ini hasil bantuan daripada ketua jurulatih Akademi persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) ketika itu, Marshall Soper. Satu pencapaian yang baik buat Firdaus yang berusia 18 tahun ketika itu.

    Pada awal musim 2016, persembahan cemerlang Firdaus nyata menarik minat jurulatih Perak, mendiang Karl Heinz Weigang untuk menyerapkan Firdaus ke pasukan utama. Pada separuh masa pertama musim 2016, Firdaus beraksi dengan baik. Hinggalah pada bulan Julai apabila Firdaus bersama seorang lagi pemain PDRM, Shafiq Jamal digantung selama dua tahun oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

    Penggantungan selama dua tahun yang dikenakan ke atas Firdaus adalah berpunca daripada kegagalan ujian doping. Firdaus dan Shafiq didapati positif menggunakan bahan terlarang methamphetamine stimulant hasil ujian rambang oleh Jawatankuasa Perubatan Sukan FAM selepas perlawanan Liga Super antara kedua-dua pasukan di Stadium Hang Jebat pada Mei 2016.

    Amat disayangkan apabila karier gemilang Firdaus Saiyadi terhambat dek kerana masalah doping yang dialami. Kami berpendapat beliau memiliki potensi besar untuk menyinar bersama pasukan Perak. Namun, perkara tersebut tidak menjadi kenyataan.

    Jika mengikut tarikh beliau mula digantung, kita akan melihat kelibat Firdaus beraksi di atas padang apabila Liga Malaysia menamatkan saingan separuh masa pertama iaitu Jun nanti. Sama ada beliau masih lagi akan beraksi bersama pasukan Perak atau tidak, itu kami tidak pasti.

    Apa pendapat anda mengenai bakat yang dimiliki oleh Firdaus Saiyadi ? Jika beliau tidak ditimpa masalah kegagalan doping, mampukah beliau untuk menyinar bersama pasukan Perak ?

    Baca Juga: Shakir Shaari, Dimana Silapnya ?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.