• Bekas jurulatih pasukan Kelantan, Velizar Emilov Popov menggesa bekas pasukannya agar menghormati Apek dan Piya sebagai legenda pasukan setelah mereka memutuskan untuk menggugurkan kedua-dua pemain kerana mereka tiada dalam perancangan ketua jurulatih saat ini, Fajr Ibrahim. Beliau berkata demikian dalam satu post Twitter beliau semalam.

    Walaupun hanya mengendalikan pasukan Kelantan dalam tempoh separuh musim saja, Velizar Popov sememangnya menjadi watak yang disukai oleh peminat Kelantan. Karakter beliau yang tegas dan juga menerapkan disiplin yang tinggi terhadap pasukan menjadikan beliau seorang jurulatih yang disayangi peminat.

    Pada awal musim ini, ketika pasukan Kelantan sedang mencari ketua jurulatih baharu, Popov menunjukkan minat untuk kembali mengendalikan pasukan Pantai Timur tersebut. Akan tetapi, Popov mengenakan syarat yang harus diikuti oleh Kelantan jika mahu beliau menjadi juruatih.

    Tindakan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang mahu melepaskan Apek dan Piya mendapat pelbagai respon daripada peminat pasukan. Ada yang bersetuju dengan tindakan KAFA ini kerana kedua-dua pemain sudahpun melalui zaman kegemilangan mereka bersama pasukan Kelantan.

    Tidak kurang juga ada yang tidak bersetuju kerana kedua-dua pemain ini selalu setia bersama pasukan walaupun dilanda pelbagai isu dan juga masalah. Mereka berpendapat Apek dan Piya patut dikekalkan sekurang-kurangnya satu atau dua musim lagi.

    Akan tetapi, presiden KAFA, Bibi Ramjani telahpun menjelaskan bahawa beliau membuat keputusan untuk melepaskan keduanya kerana mahu memberi lebih perhatian kepada perancangan Fajr Ibrahim untuk mengukuhkan pasukan dengan menggunakan barisan pemain sedia ada.

    Jadi apa pandangan anda mengenai pendapat Velizar Popov yang mahukan pasukan Kelantan untuk menghormati Khairul Fahmi Che Mat da Badhr Radzi sebagai legenda pasukan ? Adakah kenyataan yang dikeluarkan oleh Popov ini ada betulnya ?

    Atau memang sudah tiba masanya untuk dua pemain senior ini berhijrah dan memberi laluan kepada pemain muda untuk menggalas cabaran pasukan dalam saingan Liga Malaysia ?

    Baca Juga: Pemain Senior Atau Pengurusan Pasukan Yang Berkuasa Ni

    Leave a comment

    Your email address will not be published.