• Pasukan Liga Perdana, Marcerra Kuantan FA akan bermain perlawanan terakhir mereka pada sabtu ini menentang Pulau Pinang, menurut ketua jurulatih mereka, Ismail Zakaria. Pasukan malang ini dikatakan sudah 4 bulan tidak membayar gaji pemain dan juga pegawai mereka. Bukan setakat gaji, bonus pun tak bayar!

    Pasukan dibubarkan sudah tidak asing lagi dalam saingan Liga Malaysia. Lihat saja pasukan seperti pasukan Selangor MPPJ, Kuala Muda Naza dan juga TM FC dan banyak lagi. Sebab utama mengapa pasukan ini dibubarkan adalah faktor kewangan.

    Penulis masih lagi tertanya-tanya tentang penyebab Kuantan FA mengalami masalah kewangan yang sangat memprihatinkan ini. Adakah kerana mereka boros berbelanja ? Atau memang mereka sebenarnya tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh namun masih lagi bermain dalam saingan Liga Malaysia ? Hanya Tuhan saja yang tahu apa sebabnya.

    Namun, apa yang boleh kita ambil dalam situasi yang melanda Kuantan FA ini adalah pentingnya untuk mengurus kewangan pasukan secara berhemah dan juga bijaksana. Penulis berasa sedih dan juga kesian dengan para pemain dan juga pegawai yang menjadi mangsa kepada keadaan ini.

    Jika benar Kuantan FA terpaksa dibubarkan kerana masalah kewangan ini, maka ianya sedikit-sebanyak memberikan impak yang negatif terhadap persaingan Liga Malaysia. Malaysia Football League (MFL) terpaksa mengubah jadual dan para pemain harus mencari pasukan baru, tanpa mendapat gaji daripada pasukan sebelumnya. Bagi sudah jatuh ditimpa tangga.

    Apa yang pasti, sehingga perlawanan antara Kuantan menentang Pulau Pinang dilangsungkan, penulis berharap ada jalan penyelesaian yang ditawarkan oleh pengurusan pasukan kepada para pemain dan juga pegawai. Jangan hanya berdiam diri seribu bahasa sambil melihat para pemain meminjam wang ke sana-sini.

    Dan penulis mengharapkan agar isu seperti ini tidak lagi melanda pasukan dalam Liga Malaysia. Jika pasukan Liga Malaysia tidak mengambil serius tentang menguruskan kantung kewangan pasukan dengan baik, bila bola sepak kita nak maju ?

    Baca Juga: 5 Pemain Yang Patut Bermain Dalam Saingan Liga Super

    Leave a comment

    Your email address will not be published.