• Macam-macam hal sedang melanda bola sepak Kelantan ketika ini. Tapi yang paling mendapat perhatian adalah isu pelepasan dua pemain senior pasukan iaitu Khairul Fahmi Che Mat dan Badhri Radzi. Menurut Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), sebab utama mereka harus melepaskan dua pemain ini kerana mereka tidak sesuai dengan gaya permainan yang diterapkan oleh jurulatih pasukan, Fajr Ibrahim.

    Di sini penulis nak bertanya. Kalau Piya, masih lagi masuk di akal kerana beliau adalah seorang pemain tengah. Mungkin Fajr mahu menggunakan pemain lain untuk mengisi posisi tersebut. Tambahan pula, usia Piya sudah menjangkau 36 tahun.

    Tetapi, kami penulis sangsi dengan penjelasan KAFA mengenai Khairul Fahmi yang tidak sesuai dengan corak permainan Fajr Ibrahim. Dari segi mana yang tidak sesuai ? Adakah Fajr mahu Apek membawa bola sehingga ke tengah padang kemudiannya membuat trough ball kepada penyerang untuk menjaringkan gol ?

    Atau Fajr ingin melihat Apek menjaringkan gol buat pasuka ? Sebagai seorang penjaga gol, tidak sukar untuk seseorang pemain itu menyesuaikan diri dengan corak permainan mana-mana pasukan. Apatah lagi dengan pengalaman yang dimiliki oleh Apek. Penulis berpendapat beliau mudah untuk menyesuaikan diri.

    Tugas penjaga gol hanyalah memastikan bahawa pintu gol pasukan tidak dibolosi dan membuat hantaran permulaan dari belakang yang boleh mencorakkan gerakan serangan. Penulis yakin Apek mempunyai ciri-ciri tersebut.

    Apek yang berusia 29 tahun ini sangat commanding dalam kotak penalti bagi menggesa barisan pertahanan untuk kekal fokus. Dari segi umurnya pula, umur Apek ini dianggap sebagai umur yang matang dari segi pengalaman dan juga tahap permainan. Umur 29 tahun ini juga boleh dikategorikan sebagai muda bagi penjaga gol.

    Satu perkara lagi, tindakan KAFA yang melepaskan dua legenda ini dengan mengumumkan di media sosial tanpa memberitahu Apek dan Piya terlebih dahulu adalah satu tindakan memalukan.

    Apek dan Piya sudah lama bersama pasukan Kelantan. Kedua-dua pemain ini kekal setia memegang semangat anok kelate walaupun pasukan sedang mengalami masalah. Jika KAFA sudah tidak mahukan khidmat kedua-dua pemain, mereka perlu berbincang dengan Apek dan Piya terlebih dahulu. Apek dan Piya layak untuk mendapatkan penghormatan yang sewajarnya.

    Baca Juga: Hormati Apek Dan Piya!

    Leave a comment

    Your email address will not be published.