• Kejutan PKNP FC yang tidak disangka-sangka nyata membuat peminat bola sepak negara terkesima. Pasukan kerdil ini berjaya menewaskan Felda United dengan peraturan gol di tempat lawan dalam perlawanan suku akhir kedua Piala FA 2018 semalam.

    Watak utama dalam kejutan yang dilakar oleh PKNP FC ialah tak lain dan tak bukan ketua pasukan mereka iaitu Shahrel Fikri Fauzi. Ketajaman Eki mencari ruang dalam kotak penalti dan menghukum kealpaan berjaya memberikan PKNP dua gol yang memberikan mereka kelebihan.


    Sumber Gambar: PKNP FC

    Pada perlawanan semalam, kita juga dapat melihat barisan serangan PKNP lebih tajam dan lebih berbahaya berbanding perlawanan sebelum ini. Kelibat Eki yang membantu penyerang import, Yeon Gi-sung nyata menjadi inspirasi dan juga membawa satu semangat yang tersendiri buat adik kepada pasukan Perak ini.

    Bagi Felda United pula, mereka terlalu memandang rendah dengan kemampuan yang dimiliki oleh lawan mereka semalam. Felda juga tidak bermain seperti biasa dengan tidak banyak percubaan yang diarahkan ke kubu pertahanan PKNP. Kami merasakan Felda terlalu bersahaja.

    Walaupun Wan Zack berjaya menjaringkan satu sepakan percuma yang boleh dikatakan berkelas dunia, namun gol itu masih belum cukup untuk membawa Felda ke peringkat separuh akhir. Gilberto Fortunato dan Thiago Augusto juga gagal untuk beraksi dengan baik pada perlawanan semalam.

    Walau apa pun, kejutan PKNP FC ini akan diingati sebagai salah satu upset terbaik dalam saingan Piala FA. Siapa sangka pasukan yang mempunyai barisan pemain yang dikatakan biasa mampu untuk menewaskan pasukan yang mempunyai barisan pemain lebih bagus dan berkualiti berbanding mereka.

    Kekalahan di tangan PKNP juga meleburkan rekod 100% pasukan Felda di laman sendiri musim ini. Banyak perkara yang perlu diperbaiki oleh B.Sathianathan agar perkara ini tidak berterusan pada perlawanan akan datang.

    Apa pendapat anda mengenai kejutan yang berlaku di Jengka semalam ? Mampukah PKNP FC mengekalkan rentak sesama apabila mereka akan berhadapan pasukan Pahang di peringkat separuh akhir nanti ?

    Baca Juga: Mampukah Bekalan Tipis Felda Bertahan ?

    Leave a comment

    Your email address will not be published.