• Nampaknya, ketua jurulatih skuad kebangsaan akan menurunkan satu kesebelasan yang berbeza pada perlawanan menentang Bhutan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Dalam sidang media antara kedua-dua pasukan sebentar tadi, kelihatan Khairul Fahmi Che Mat mendampingi Tan Cheng Hoe. Berkemungkinan besar beliau akan menjadi ketua pasukan pada malam ini.

    Kami menjangkakan Tan Cheng Hoe bakal menurunkan beberapa pemain yang tidak diturunkan ketika perlawanan menentang Mongolia dan Lebanon tempoh hari. Di posisi penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat bakal turun dalam kesebelasan utama. Mungkin pada separuh masa kedua Shahril Sha’ari bakal menggantikan beliau.

    Di barisan pertahanan, pemain seperti Syazwan Andik, Syawal Nordin dan Syazwan Zaipol Bahari mungkin bakal diturunkan. Jika diturunkan, maka kedua-dua pemain ini bakal membuat penampilan pertama bersama skuad senior kebangsaan.

    Di bahagian tengah pula, kami berpendapat Tan Cheng Hoe bakal menggunakan pemain yang sama seperti perlawanan menentang Lebanon. Ini kerana pilihan yang terhad bagi posisi tersebut.

    Bahagian yang menjadi perhatian peminat bola sepak negara iaitu barisan serangan juga mungkin diubah oleh Tan Cheng Hoe. Pemain seperti Nor Hakim Hassan, Jafri Firdaus Chew dan Shahrel Fikri bakal diberikan peluang untuk tampil dalam kesebelasan utama.

    Siapa pun yang bakal diturunkan pada malam ini, diharapkan mereka dapat menjalankan tugas dengan baik dan sempurna. Ini kerana tiada keputusan lain yang dimahukan oleh peminat bola sepak negara selain kemenangan.

    Jika kita meraih kemenangan pertama dalam tempoh lebih dari setahun, sekurang-kurangnya peminat boleh merasa sedikit lega melihat prestasi pasukan negara. Setelah banyak perkara yang belaku, kemenangan adalah satu nikmat terindah untuk mengakhiri semua duka dan lara di hati.

    Selamat maju jaya buat pasukan kebangsaan. Semoga perlawanan malam ini berbeza berbanding perlawanan yang lain. Perbezaan yang kami maksudkan adalah dari segi keputusan dan juga gaya permainan yang akan ditunjukkan.

    Bagi peminat bola sepak negara, mari kita beramai-ramai datang ke stadium bagi memberikan sokongan kepada pemain negara.

    Baca Juga: Sebahagian Pemain Patut Dikekalkan

    Leave a comment

    Your email address will not be published.