• Sejak permulaan musim ini, pasukan Kuala Lumpur dilihat mempunyai masalah di posisi penjaga gol. Namun, pada perlawanan menentang Selangor semalam, masalah tersebut dilihat telah dapat diselesaikan apabila penjaga gol muda, Khatul Anuar beraksi dengan baik semalam.

    Khatul menjadi watak utama kebangkitan pasukan Kuala Lumpur semalam. Aksi cemerlang beliau dengan menafikan beberapa percubaan pemain Selangor seperti Rufino Segovia dan Evan Dimas berjaya mengelakkan pasukan lawan daripada memperoleh gol yang boleh membunuh perlawanan lebih awal.

    Akan tetapi, kecemerlangan Khatul gagal dibawa sehingga ke penentuan sepakan penalti. Kami berpendapat pengalaman yang membezakan beliau dengan penjaga gol pasukan lawan, Khairul Azhan. Walaupun tewas, nampaknya Kuala Lumpur sudah tidak perlu risau tentang pemain yang akan mengisi posisi penjaga gol dalam kesebelasan utama.

    Kami merasakan Khatul akan menjadi pilihan untuk diturunkan dalam kesebelasan utama pada perlawanan akan datang. Jika beliau mendapat peluang serta minit bermain yang banyak, tidak musthail Khatul boleh meningkatkan lagi prestasi beliau dan menjadi penjaga gol utama pasukan Kuala Lumpur.

    Jika Khatul beraksi cemerlang bersama kelab beliau, tidak mustahil ketua jurulatih skuad bawah 23 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee dan ketua jurulatih skuad senior kebangsaan akan memanggil beliau untuk mewakili pasukan negara. Dengan umur yang masih muda, Khatul mempunyai banyak masa untuk membuktikan kebolehan beliau.

    Walau apa pun, kami berharap Khatul Anuar dapat mengekalkan prestasi semasa beliau. Khatul mempunyai potensi besar untuk menjadi antara tiga penjaga gol yang dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan.

    Apa pendapat anda mengenai persembahan Khatul Anuar pada perlawanan suku akhir kedua Piala FA 2018 semalam ? Adakah dengan keberadaan Khatul, masalah penjaga gol yang dihadapi oleh Kuala Lumpur telah dapat diselesaikan ?

    Baca Juga: Selangor Ambil Mudah Keupayaan Kuala Lumpur

    Leave a comment

    Your email address will not be published.