• Sejak pemain kacukan diperkenalkan dalam Liga Malaysia ni, kita ah lihat ramai pemain kacukan yang beraksi dalam saingan Liga Malaysia. Ada yang bagus, ada yang suam-suam kuku dan ada juga yang mengaibkan dan juga memalukan persembahannya. Salah satu pemain yang menrik perhatian penulis adalah Kiko Insa.

    Ketika pertama kali datang ke Malaysia, Kiko mewakili pasukan yang berbelanja besar ketika itu iaitu Pahang. Bersama Pahang, apa yang Kiko mampu buat ialah melakukan terjahan keras dan juga beremosi sepanjang perlawanan.

    Paling memalukan ialah beliau dilayangkan kad merah pada separuh masa pertama ketika perlawanan akhir Piala FA edisi lalu. Akibat daripada tindakan Kiko ni, Pahang tewas dalam perlawanan tersebut. Bukan setakat itu, Kiko juga hampir menamatkan karier penyerang kesayangan semua, Safee Sali.

    Ketika Pahang menentang PKNS, Kiko melakukan satu terjahan berbahaya ke atas Safee Sali membuatkan beliau berasa marah dan mahu menumbuk Kiko. Anda boleh lihat insiden tersebut dalam video di bawah.

    Sumber Video: Hafid CR7

    Setelah bermain di Liga Malaysia selama satu musim, kontrak Kiko bersama Pahang ditamatkan dan beliau kemudiannya menyertai kelab Thailand, Bangkok Glass. Beliau melalui masa-masa sukar apabila hanya diturunkan dalam empat perlawanan. Hari ini, Kiko menamatkan kontrak beliau bersama Bangkok Glass.

    Ini menimbulkan persoalan di minda penulis. Adakah Kiko ni nak bermain semula dalam saingan Liga Malaysia ? Jika betul, penulis berpendapat beliau harus mengubah gaya permainan serta panas baran beliau. Ini untuk mengelakkan terjadinya beberapa insiden tidak diingini berlaku.

    Satu lagi, jika Kiko Insa tidak berminat untuk bermain dalam saingan Liga Malaysia, besar kemungkinan beliau akan menuju ke Indonesia. Sebelum datang ke Malaysia, Kiko mencipta nama bersama Arema FC dan Bali United. Penulis merasakan dua negara ini menjadi destinasi pilihan buat Kiko.

    Apa pendapat anda jika Kiko Insa ni bermain semula dalam saingan Liga Malaysia ? Pasukan mana yang nak ambil khidmat beliau ni ?

    Baca Juga: Dari Radzak Brothers Ke Insa Brothers

    Leave a comment

    Your email address will not be published.