• Kipre Tchetche menjadi penyerang paling subur dalam saingan Liga Super setakat ini. Kipre sedang memimpin carta penjaring terbanyak liga dengan perolehan 6 gol. Ketika Terengganu FC menewaskan Melaka United minggu lalu, ketua pasukan Terengganu ini dilihat mengalami kecederaan pada separuh masa kedua.

    Kipre terpaksa dikeluarkan pada minit ke-79 dan digantikan dengan Adib Aizuddin kerana Kipre dilihat mengalami kecederaan di bahagian lutut beliau. Jika kecederaan Kipre berterusan sehingga menyebabkan beliau terpaksa direhatkan dalam satu tempoh yang lama, penulis berpendapat ini akan menjejaskan perancangan pasukan.

    Kipre setakat ini diturunkan dalam semua perlawanan Liga Super. Ketajaman Kipre di hadapan pintu gol menjadi salah satu faktor mengapa Terengganu FC boleh menduduki pasukan teratas dalam carta Liga. Jadi, sukar bagi Terengganu untuk cope dengan ketiadaan Kipre di bahagian serangan.

    Dan jika Kipre terpaksa direhatkan untuk satu tempoh masa yang panjang, di sini penulis melihat ada beberapa pilihan yang boleh diambil kira oleh Irfan Bakti. Pilihan yang pertama Irfan boleh menggunakan Bruno Suzuki bagi mengisi tempat yang ditinggalkan Kipre untuk diturunkan dalam kesebelasan utama.

    Pilihan kedua yang boleh diambil adalah menaikkan pangkat Akanni-Sunday Wasiu yang ketika ini bermain untuk reserve team, Terengganu FC II. Akanni mempunyai rekod yang baik bersama pasukan UiiTM FC dalam saingan Liga Perdana musim lalu.

    Walaupun persemabahan Akanni setakat ini tidak memuaskan, namun penulis berpendapat beliau boleh dijadikan sebagai pilihan alternatif sebagai pengganti Kipre.

    Walau apa pun, mari kita tunggu pengesahan daripada pasukan Terengganu FC ataupun daripada Irfan Bakti mengenai isu kecederaan yang dialami oleh Kipre Tchetche. Apa yang pasti, para peminat serta penulis sendiri mahu melihatKipre cergas dan bebas daripada sebarang kecederaan.

    Ini untuk memastikan pasukan Terengganu FC terus memberikan saingan kepada Pahang dan Juga Johor Darul Ta’zim untuk mahkota kejuaraan Liga Super. Selain itu, kehadiran Kipre di situ akan memeriahkan perlumbaan bagi merebutkan Kasut Emas Liga Super musim ini.

    Baca Juga: Serangan Terengganu Terlalu Kuat Untuk Melaka

    Leave a comment

    Your email address will not be published.