• Setelah melepaskan ramai pemain sebelum ini, nampaknya pasukan Kelantan belum selesai dalam merombak pasukan utama mereka. Baru-baru ini, dua pemain senior pasukan, Khairul Fahmi Che Mat dan ketua pasukan, Badhri Radzi dilihat bakal dilepaskan kerana kedua-dua pemain ini tidak berada dalam perancangan jurulatih pasukan, Fajr Ibrahim.

    Kita sudah sedia maklum bahawa kedua-dua pemain ini menjadi senahagian daripada turun naiknya pasukan Kelantan. Mereka ada ketika ketika Kelantan memenangi banyak kejuaraan. Mereka juga ada ketika Kelantan terpalit dengan pelbagai masalah seperti masalah kewangan musim lalu.

    Pada perlawanan terakhir Liga, Fajr Ibrahim menggunakan khidmat dua pemain muda iaitu Nik Akif Syahiran di bahagian tengah dan Fikri Che Soh di posisi penjaga gol. Jika Piya dan Apek meninggalkan pasukan pada jendela perpindahan kedua nanti, berkemungkinan besar tempat mereka akan diambil alih oleh dua pemain muda ini.

    Kami berpendapat presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan dan Fajr Ibrahim mempunyai visi untuk memberikan nafas baru kepada Kelantan setelah sekian lama pasukan ini dibarisi oleh muka yang sama.

    Mereka mahu Kelantan dibarisi oleh generasi baru yang terdiri daripada pemain muda. Langkah berani yang diambil oleh KAFA ini sememangnya berisiko. Akan tetapi, langkah inilah yang perlu diambil sekiranya mahu barisan pemain muda untuk menyerlah dan menunjukkan bakat mereka.

    Walau apa pun, sudah pasti Fajr Ibrahim mempunyai perancangan beliau yang tersendiri. Apa yang perlu dilakukan oleh peminat Kelantan ialah memberikan masa dan juga peluang kepada Fajr untuk membuktikan keupayaan beliau.

    Apa pendapat anda jika benar Khairul Fahmi Che Mat dan Badhri Radzi meninggalkan pasukan Kelantan ? Adakah ianya akan memberi impak yang besar terhadap pasukan ?

    Baca Juga: Garangnya Fajr Ibrahim Ni

    Leave a comment

    Your email address will not be published.