• Standard Liga Malaysia ini masih lagi menjadi perdebatan antara cendekiawan bolasepak di Malaysia. Ada yang mengatakan kita masih lagi ada harapan, ada juga yang melabel liga kita ini sebagai tiada ada yang nak diharapkan. Penulis ada satu soalan di sini, adakah kita sudah jauh ketinggalan ?

    Semalam, kelab Thailand, Buriram United mengejutkan peminat bola sepak Asia Tenggara khususnya apabila mereka berjaya menewaskan kelab Korea Selatan, Jeju United untuk mara ke peringkat 16 terakhir temasya Liga Juara-Juara Asia edisi kali ini. Jaringan tunggal Korrakod Wiriyaudomsiri sudah cukup untuk mengesahkan kemaraan mereka.

    Kelab Thailand sudah berjaya untuk memberi saingan kepada pasukan-pasukan gergasi yang lain dalam temasya Liga Juara-Juara Asia. Kalau nak dibandingkan dengan kelab Liga Malaysia, penulis akan cakap bagaikan langit dan bumi perbezaannya.

    Kelab kita ada yang menolak untuk bermain dalam kejohanan Asia tahun ini. Satu lagi kelab kita sedang bergelut dalam saingan Piala AFC. Di sini saja sudah cukup untuk membuktikan bahawa perbezaan kelab kita dengan pasukan seperti Buriram United memang terlalu jauh.

    Dalam dua musim terakhir, kita telah melihat kebangkitan pasukan dari Thailand dalam temasya Liga Juara-Juara Asia. Musim lalu, Muangthong United berjaya mara ke pusingan 16 pasukan terakhir. Muangthong berjaya mengetepikan cabaran daripada kelab Korea, Ulsan Hyundai dan kelab Australia, Brisbane Roar.

    Manakala kelab kita bukan main susah lagi nak tembus peringkat kelayakkan. Paling jauh pun peringkat kelayakkan pusingan ketiga. Mujur Liga Malaysia sudah mendapat satu slot automatik untuk menyertai kejohanan tersebut pada tahun hadapan. Jadi kita berpeluang untuk melihat sejauh mana kelab kita yang layak nanti boleh pergi.

    Jadi, adakah kita sudah jauh ketinggalan ? Penulis akan menjawab ya. Bahkan kita sudah terlalu jauh ketinggalan. Banyak aspek yang perlu diperbaiki dan dipertingkatkan bermula daripada sekarang jika pasukan Liga kita mahu setanding dengan pasukan seperti Buriram United dan Muangthong United.

    Dan untuk kita menuju ke arah yang lebih baik dan lebih kompetitif, semua pihak perlu memainkan peranan bagi memastikan kita mencapai objektikf tersebut. Kalau tak mula dari sekarang, sampai Safawi Rasid bersara pun kita takkan maju.

    Baca Juga: Sarawak Bekerjasama Dengan Perth Glory

    Leave a comment

    Your email address will not be published.