• Kebangkitan Kuala Lumpur dalam peawanan suku akhir kedua Piala FA 2018 semalam boleh dikatakan antara yang terbaik dalam sejarah saingan Piala FA. Kita dapat melihat tanpa kelibat Guilherme De Paula, barisan serangan pasukan Kuala Lumpur masih lagi mampu untuk beraksi dengan baik.

    Barisan serangan Kuala Lumpur diketuai oleh Paulo Josue dan Zaquan Adha. Mereka turun tanpa khidmat Guilherme yang digantung kerana kad merah pada perlawanan suku akhir pertama. Dan gandingan Josue dan Zaquan nyata berjaya menjalankan tugas dengan sangat baik.

    Josue dan Zaquan bijak untuk memanfaatkan kealpaan barisan pertahanan Selangor yang dilihat gagal untuk membentuk satu gandingan yang baik. Serangan Kuala Lumpur juga dilihat lebih berkesan dan juga lebih tajam berbanding perlawanan pertama tempoh hari.

    Jika kedua-dua pemain dapat mengekalkan prestasi semasa, tidak mustahil Kuala Lumpur boleh bangkit pada perlawanan seterusnya. Mungkin jurulatih Kuala Lumpur, Fabio Maciel boleh mengkaji semula tentang kemungkinan barisan serangan pasukan tanpa kelibat Guilherme De Paula.

    Walaupun tewas, namun banyak yang diperoleh oleh The City Boys daripada perlawanan semalam. Ini boleh menjadi satu titik kebangkitan buat mereka.

    Apa pendapat anda mengenai ketiadaan Guilherme De Paula dalam kesebelasan utama pasukan Kuala Lumpur ? Adakah tanpa beliau, barisan serangan pasukan akan lebih berkesan ?

    Atau Kuala Lumpur masih lagi perlukan khidmat beliau untuk menambah sengat di bahagian serangan ?

    Baca Juga: Khatul Anuar Punyai Potensi Besar

    Leave a comment

    Your email address will not be published.