• Macam-macam hal yang berlaku dalam pasukan Kelantan ketika ini. Semalam, kami ada melaporkan tentang sikap Fajr Ibrahim yang tidak disenangi oleh pemain dan juga pegawai pasukan Kelantan. Hari ini, ada khabar beredar bahawa penyerang import pasukan, Mohammed Ghaddar mendapat layanan yang terlalu istimewa berbanding pemain lain.

    Menurut sumber khabar tersebut, layan istimewa yang diberikan kepada Ghaddar ini nyata mengundang rasa tidak senang pemain lain terutamanya pemain import. Antara layanan istimewa yang diberikan kepada Ghaddar ialah beliau diberikan kereta BMW untuk kegunaan beliau sehari-hari. Manakala pemain import yang lain hanya dberikan kereta Proton Persona. Jauh beza tu!

    Disebabkan layanan yang terlalu istimewa ini, pemain import dari Indonesia, Ferdinand Sinaga meminta ditamatkan kontrak beliau dan dilepaskan pada bulan lalu kerana layanan yang diterima oleh Ferdinand tidak adil dan ada dasar pilih kasih.

    Jika benar perkara ini berlaku dalam pasukan Kelantan ketika ini, maka ianya sedikit-sebanyak boleh menggugat keharmonian antara pemain.

    Penulis berpendapat layanan terhadap pemain import haruslah sama rata. Tidak lebih dan juga tidak kurang. Tak kiralah pemain import itu merupakan bekas bintang dunia satu ketika dulu ataupun pemain import yang pertama kali mencuba nasib bermain di Liga Malaysia.

    Perkara ini juga harus diberi perhatian oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan agar tidak menjejaskan prestasi pasukan yang ketika ini perlukan kerjasama dari semua pihak untuk bangkit. Jika dibiarkan, banyak perkara negatif yang bakal berlaku.

    Selain itu, KAFA juga harus menyelesaikan kemelut mereka bersama pemain import yang digugurkan, Bruno Lopes. Menurut Bruno, beliau masih belum lagi menerima pampasan daripada KAFA berhubung pengguguran beliau. Bruno cuba menghubungi Bibi Ramjani melalui Whatsapp, namun gagal kerana beliau disekat.

    Selain belum mendapat pampasan, Bruno juga melabel pengurusan pasukan Kelantan sebagai organisasi paling teruk yang pernah beliau jumpa jumpa. Bruno menambah kelab amatur di Brazil pun ada struktur organisasi yang lebih baik dan tersusun berbanding mereka.

    Leave a comment

    Your email address will not be published.