• Pertembungan pasukan Selangor menentang PKNS FC dalam peringkat separuh akhir Piala FA 2018 ini lebih dari sekadar pertembungan separuh akhir biasa. Penulis berpendapat setelah banyak perkara yang berlaku antara kedua-dua pasukan, sudah pasti akan ada insiden panas yang berlaku.

    Jika kita melihat berdasarkan prestasi, PKNS dilihat lebih garang berbanding pasukan Selangor. Dalam saingan Liga, kedudukan PKNS lebih baik berbanding “abang” mereka.

    Akan tetapi, bukan prestasi semasa yang akan menjadi perhatian pada perlawanan separuh akhir nanti. Isu di luar padang diantara Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dan kerajaan pusat negeri Selangor sedikit sebanyak akan mempengaruhi perlawanan antara kedua-dua pasukan.

    Setelah dianak tirikan oleh kerajaan negeri, pasukan Selangor telah berjalan sendiri dan mempunyai barisan kepimpinan baru. Mereka juga tidak dibenarkan untuk menggunakan Stadium Shah Alam sebagai “home” mereka.

    Lain cerita pula bagi PKNS FC. Mereka bagaikan anak emas baru bagi kerajaan negeri Selangor. Mereka mendapat keistimewaan seperti boleh menggunakan Stadium Shah Alam sebagai markas utama mereka.

    Peminat juga akan terkesan dengan pertembungan kedua-dua pasukan. Apatah lagi bagi peminat pasukan Selangor. Setelah apa yang terjadi sejak dua musim kebelakangan ini, pastinya mereka mahukan Selangor untuk menewaskan PKNS FC.

    Walau apa pun, diharapkan kedua-dua pasukan akan memberikan yang terbaik ketika pertembungan separuh akhir nanti. Ketepikan perkara yang berlaku antara FAS dan juga kerajaan negeri Selangor. Tampilkan permainan bola sepak terbaik kepada para peminat.

    Apa pendapat anda mengenai pertembungan separuh akhir Piala FA antara pasukan Selangor menentang PKNS FC ? Adakah permasalahan di luar padang akan mempengaruhi keputusan perlawanan ini

    Baca Juga: Selangor Mengambil Mudah Cabaran Kuala Lumpur

    Leave a comment

    Your email address will not be published.